Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Friday 29 January 2016

BAHULU KUKUS CANTIK

Mencuba resepi bahulu yg kukus pula, sedap.. lembut.. buah tangan untuk anak buah sambut hari jadi baru-baru ni.. Selamat Hari Lahir Amani..



BAHULU KUKUS CANTIK
By~ ALeen Aireish
sumber~ kak Zaitong Syed Ahmad

BAHAN BAHAN:

250 gm tepung gandum
4 biji telur
200 gm gula halus
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla
1 tsp ovalette
150 ml santan
perwarna kesukaan [jika suka]

CARA MEMBUATNYA :
-pukul telur + gula + ovellete + esen vanila hingga kembang putih gebu dan pekat.
-kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit dgn santan (selang selikan), kaup balik aje dgn spatula
-perap 1/2 jam -1 jam
-warnakan, jika suka
-kemudian sapukan acuan dgn sdkt minyak, sudukan dlm acuan bahulu dan kukus 10-15 minit. siap



















SELAMAT MENCUBA...






No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo