HeHeHe .. ingat cerita kat wayang je ada dilwale janam janam.. ni haaaa sedap terlebih sudah.. bukan kata janam janam.. jahanam sudah diet haha
AYAM SAMBAL DILWALE JANAM JANAM
By ~ ALeen Aireish
1 ekor ayam
~>> potong, cuci bersih, kunyit + garam = goreng tapi jgn terlebih garing sgt ok
1 genggam cili kering
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia
1 btg serai [optional] suka hati nak ke tak nak
~>> kisar halus semua bahan
1/2 atau 1 senduk cili sos
1/2 senduk tomato sos
sedikit kicap lemak manis
sedikit air
garam & gula secukup rasa
minyak utk menumis [ambil lebihan myk goreng ayam]
1 labu bawang potong bulat
sedikit daun sup & daun bawang + bawang goreng
Cara-cara :
- guna minyak lebihan goreng ayam, tumiskan bahan kisar garing naik bau wangi
- masukkan air + ayam, kacau rata biarkan mereneh sekejap
- masukkan bawang potong bulat + semua sos + kicap, kacau rata
- masukkan garam + gula sesedap rasa secukup rasa, biarkan masak sekejap
- hidangkan dlm pinggan tabur daun bawang + daun sup + bawang goren
SELAMAT MENJAMU SELERA...
Sepatah dua kata ..
DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~
Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment