Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 16 December 2014

RENDANG PEDAS




RENDANG PEDAS

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ opah tersayang

Bahan-bahan :
1 ekor ayam
** potong & bersihkan, masukkan dlm kuali

6 ulas bwg kecil
1 bj bwg besar
10-15 tangkai cili kering
4 pcs kunyit hidup
** blender hancur

3 inci halia
3 inci lengkuas
6 btg serai
** dihiris halus, ditumbuk kasar dgn lesung batu

1 helai daun kunyit
**hiris halus2
cabai merah & bwg kering utk hiasan

1 kpg asam keping
1 mangkuk santan [agak2 ayam semua tenggelam]
kerisik kelapa yg dibuat sendiri [agak2 sendiri byk mana nk letak]
garam & gula secukup rasa

Cara-cara :
- masukkan semua bahan sekali gus dalam kuali KECUALI KERISIK.. reneh atas api hingga menggelegak, kacau rata..
- masukkan garam, gula, kerisik kacau lg.. guna api perlahan hingga masak .. nk rendang pedas kering kena masak lama hingga kuah agak kering..

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo