Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday, 16 December 2014

CUCUR KEMBUNG MANIS




CUCUR KEMBUNG MANIS
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ Noraslinda bugal

BAHAN-BAHAN
3 Cawan tepung gandum
3 Cawan air panas (air yang baru mendidih dan betul2 panas)
1/2 Cawan susu pekat manis (boleh lebih atau kurangkan mengikut citarasa masing2)
Secubit garam

CARA-CARA MEMBUATNYA
Satukan kesemua bahan dan gaul sebati.
Adunan akan menjadi doh dan melekat di tangan(macam kuih keria tu).
Biarkan doh agak sejuk/suam2 kuku baru boleh digoreng(supaya senang nak bulat2kan dengan tangan).
Pastikan minyak betul2 panas dengan api sederhana,celup/basahkan tangan dalam air,ambik doh tadi mengikut saiz yang kita nak,kepal2/bulat2 kan dan terus goreng.Masak hingga kekuningan
Masa dalam kuali bila nampak kuih dah boleh diterbalikkan selalu kacau2/kaup balik dengan sudip supaya kuih cantik bulatnya
Enak dihidang panas dan dinikmati bersama keluarga ..

Sumber resepi:Google/Group Masakan/Rakan FB-tq semua

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo