Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday, 16 December 2014

POPEYE SPINACH BUN / ROTI BAYAM





POPEYE SPINACH BUN

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ sis ida osman

Bahan-bahan :
400gm tpg roti
100gm tpg gandum
[**** aleen guna 500gm tpg roti terus]
40gm gula pasir [ aleen guna gula kaster]
160ml air [aleen lebihkan sikit air dr peti ais, air sejuk..]
2 tsp mauripan
1 bj kuning telur
1 s/k garam halus
50gm butter [aleen guna shorterning]
120gm bayam [aleen guna 100gm bayam]

Cara-cara :
- didihkan air masukkan sdkt myk, rebus bayam hingga lembut, perah buang air dan cincang halus, ketepikan
- satukan kesemua bahan utk doh KECUALI garam & shorterning, gaul rata
- masukkan garam & shorterning mula menguli hingga doh menjadi elastik, ketika ini doh mmg agak kenyal.. [doh menjadi agak lembut slps bayam dimasukkan]
- masukkan bayam cincang uli lg hingga doh benar2 lembut, elastik dan agak berkilat. [boleh tambah air jika doh terlalu keras]
- rehatkan doh 1 jam atau kembang 2 kali ganda
- timbang doh ikut berat yg kita suka, bulat2kan, rehat lg 10 minit
- canai doh membujur, isikan inti/filling & gulung menjadi lonjong, letak dlm loyang yg tlh di lenserkan butter atau shorterning
- rehatkan hingga naik 2 kali ganda dr size asal, semburkan permukaan doh dgn air, bakar 20-25 minit atau hingga masak, suhu 180

Untuk Inti boleh dipelbagaikan ikut selera sendiri. yg tu kita buat inti kentang ikan bilis, sedap kena rasanya bila mkn dgn spinach bun ni.. nyummyy


SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo