Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 13 May 2014

ROTIBOY MEXICAN / ROTI KOPI




ROTIBOY MEXICAN / ROTI KOPI

By ~ ALeen Aireish
sumber ~ citarasawan

Bahan-bahan utk doh :
500gm tepung high protein [aleen guna tpg gandum]
95gm gula kaster
1 tsp garam halus
14gm yis segera [aleen guna 1pkt yis 11gm]
50gm majerin/mentega
45gm shorteing/minyak sayur
2 tsp susu pekat manis
1 biji telur gred A
210gm air
1 tsp bread improver [aleen tambah sendiri]

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk pengisar kecuali air. Gunakan hook dan dengan speed perlahan, gaul adunan hingga rata.
2. Tukar kepada speed sederhana dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli selama 8-10 minit sehingga menjadi doh yang elastik (boleh di tarik dan tidak putus)
3. Rehatkan selama 20 minit.
[STEP SETERUSNYA REFER CARA2 PALING BAWAH SEKALI..]

Bahan-bahan utk Topping :
200gm mentega
160gm gula ising
3 biji telur di pukul ringan
2 tbsp serbuk kopi segera di larut dengan 1 tbsp air
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung

Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur dan pes kopi, pukul rata. 2.Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Simpan di dalam peti sejuk dulu, tp jgn lupa keluarkan awal bg suhu bilik sblm nk pipe atas bun nanti ok.

Bahan-bahan utk Filling/Inti :
Mentega beku di potong kiub
Gula perang secukupnya
(Gaul kiub mentega dengan gula perang baru dimasukkan ke dalam bun)
---------------------------------------
Cara-cara terakhir seblm bakar :
1. Timbang doh seberat 50gm atau 60gm, canai dan bentukkan bulat kemudian masukkan kiub mentega yang di gaul dengan gula perang di tengahnya. Bulatkan kembali doh dan biarkan hingga mengembang 2 kali ganda.
2. pipekan topping ke atas bun bermula dari tengah bun, berbentuk spiral. Buat hingga habis.
3. Bakar di rak tengah pada suhu 180C selama 15 minit atau hingga keperangan.





SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo