Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 13 May 2014

AYAM GOLEK PENGANTIN





SET AYAM GOLEK PENGANTIN

By ~ Aleen Aireish 

Bahan utk ayam :
1 ekor ayam
serbuk kunyit
garam halus
sos tiram
kicap manis ABC
madu lebah/honey

Cara-cara :
- ayam cuci bersih tanpa perlu dipotong, lumurkan dgn semua bahan dinyatakan secukupnya. biarkan sebentar sementara DIDIHKAN AIR KUKUSAN UTK STIM AYAM.
- air dah mendidih blh stim ayam hingga masak
- biarkan ayam sejuk sebentar, panaskan myk secukupnya dlm periuk, goreng ayam dgn api sederhana, pastikan ayam tenggelam dlm myk ketika menggoreng. masak hingga nampk kuning keemasan angkat dan toskan myk.

Bahan-bahan Sos :
2 bj bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 btg serai
10 tangkai cili kering [ tk suka pedas blh kurangkan]
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar

bahan sampingan :
sos cili
sos tiram
garam & gula secukup rasa
bawang goreng

Cara-cara :
- blender semua bahan hingga halus
- panaskan sedikit myk tumis bahan hingga harum naik bau, garing pecah myk..
- masukkan bahan2 sampingan secukupnya & rasa secukup rasa, tutup api, blh siram atas ayam golek yg dh siap goreng td. tabur pula bawang goreng. siap

UNTUK NASI MINYAK/NASI MENTEGA :

Bahan-bahan : [ikut byk mana kita nk masak nasi utk keluarga]
beras
**bawang kecil
**bawang putih
**bunga lawang
**kulit kayu manis
**bunga cengkih
**buah pelaga
**halia
mentega/myk sapi
daun pandan

Cara-cara :
- beras cuci bersih, sukat air secukupnya
- panaskan mentega/myk sapi dlm kuali, goreng bahan bertanda [**] naik wangi, tutup api, terus masukkan dlm periuk berisi beras td dan masak seperti biasa. sblm tu taburkan sdkt serbuk kunyit utk nasi kelihatan kuning emas & daun pandan utk wangi.

Boleh hidangkan nasi bersama ayam golek utk keluarga tersayang

SELAMAT MENCUBA !!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo