Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday 28 April 2014

TAUHU TELUR GORENG


TAUHU TELUR GORENG
FAMOUS DI LAMAN FACEBOOK, SEMUA RAKAN-RAKAN MENCUBA ..




TAUHU TELUR GORENG

By ~ Aleen Aireish 
sumber ~ rakan-rakan pesbuk yg baik hati 

Bahan- bahan blender :
4 keping tahu 4 segi size besar
2 pack tauhu telur/jepun
2 sudu besar bawang goreng
2 biji telur
** blender hingga halus ke semua bahan2.

Bahan tumbuk :
3-4 sudu besar ikan bilis
4 sudu besar kcg tanah goreng - optional aleen add sendiri rasa lg sedap

NOTE : nak guna isi udang, isi ayam blh ajer. aleen guna ikan bilis sorang hero aleen ni alergik udg. so ikut citarasa kita lah yer..

Bahan cincang/hiris halus :
1 bj cabai merah besar
1 bj cabai hijau besar
1/2 btg carrot - aleen x letak

secukup rasa brand maggi - sesuaikan rasa
lada sulah secukupnya
bread crumbs - optional jika suka
2 bj telur - utk salut tauhu sblm goreng

cara-cara :
- panaskan kukusan, masukkan bhn siap blender td dlm bekas yg selesa, masukkan bahan2 tumbuk, bahan2 cincang & perasa secukup rasa brand maggi, gaul mesra. siap, blh masukkan dlm loyang, kukus lbh kurang 30 minit. biarkan sejuk dulu baru potong kiub & blh lah goreng.

SELAMAT MENCUBA!!!



No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo