Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday 28 April 2014

KEK COKLAT MOIST SENANG SANGAT


TERUJA BUAT KEK NI SEBAB SENANG SANGAT..
ANDA BILA LAGI CUBA LAH..




KEK COKLAT MOIST SENANG SANGAT

By ~ ALeen Aireish

Bahan-bahan A :
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder
**ayak semua sekali bahan2 kering ni, ketepikan

Bahan-bahan B :
1 cawan gula pasir
4 biji telur
**blender sampai berbuih, ketepikan

Bahan selebihnya :
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak mazola / daisy
1 cawan air panas

Cara-cara :
- tuangkan susu pekat manis ke dlm bahagian A, gaul sekata
- lps tu tuang pula bahan yg diblender, gaul lg guna senduk ajer
- masukkan myk masak daisy gaul sekata licin
- last sekali, masukkan air panas sikit2 sambil kacau sebati..
- dh siap masukkan dlm loyang dan kukus selama 60 minit. aleen guna loyang 6x3, nk guna 8 atau 9 inci pn blh

OPTIONAL : Jika tk nak guna loyang pun takpe.. guna container multipurpose plastik pun boleh. tak perlu sapu mentega pd bekas tu..

Untuk GANACHE :
300g coklat masakkan [aleen guna dark coklat]
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega [aleen guna golden syrup]
1/4 cawan air panas (untuk step ke2 nak bagi cair dan meleleh)

cara-cara :
- Panaskan susu pekat dan susu cair menggunakan double boiler.
- Masukkan coklat, kacau sebati. Sesudah itu masukkan mentega dan curah 1/2 bahagian atas kek. Simpan dalam 15 - 30 minit.
- Panaskan lebihan coklat dan tambah air panas. Kacau dan curahkan ke atas kek tadi

SELAMAT MENCUBA!!!
 

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo