Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Sunday, 18 March 2012

RICH CHOCOLATE CAKE WITH PEACH FRUIT

Satu lg kek dari daleen.. kek ni aleen buat untuk mak tersayang kt kg.. Kek ni special sikit coz aleen guna buah peach yg sedap tu.. so nama kek ni lain sikit, aleen sendiri yg created.."RICH CHOCOLATE CAKE WITH PEACH FRUIT" kalau perasan, kat kek daleen ni terlalu kaya dgn coklat..ada coklat tabur..ada ganache..ada coklat biji2 dwi colour tu..kira A to Z lah product yg digunakan berasaskan coklat.. tu yg nama nya kek kaya coklat heheheheeee...nak buat kek ni..jom tgk resepi


Steamed Wet Chocolate Cake
Sumber:Buku Resepi/Zubaidah Bt Che'pa
sumber 2 ~ rahel

Bahan:
200g tepung superfine
100g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur B (blh guna 4 biji telur)
200g gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara:

1.Ayak tepung,serbuk penaik,soda dan serbuk koko.Ketepikan.

2.Di bekas lain pukul telur,susu,gula dengan jaring.

3.Masukkan tepung yang diayak dan kacau sebati.

4.Masukkan minyak masak,gaul rata.

5.Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.

6.Tuang ke dalam acuan bulat 8" yang telah digris dan dilapik dg baking paper.
Kukus selama 45-60 minit atau sehingga masak.

UNTUK TOPPING :

Chocolate Ganache
Sumber:Kak Ummi Zaihadi Home Sweet Home

Bahan:
450g coklat masakan
300ml whipping cream
50g butter

Cara:
1.Panaskan whip cream (jangan sampai mendidih) di dalam bekas tahan panas dengan api perlahan.

2.Curah atas coklat masakan tadi dan biarkan sekejap,kemudian kacau hingga sebati dan tidak berketul.

3.Masukkan butter dan kacau sebati.

4.Biarkan sekejap hingga suam baru tuang ke permukaan kek coklat.

UNTUK HIASAN : 1 TIN BUAH PEACH dihias atas kek.

Step mcm mana nk buat cake ni blh refer SINI :  http://daleenpersona.blogspot.com/2012/03/kepada-sesiapa-yang-suka-kek-coklat.html
sama jew cara nya..cuma decoration yg berbeza..





SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo