Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Sunday 18 March 2012

BLUEBERRY CHEESE TART

Lama sangat dah bercuti dari buat tart.. x mau fikir panjang..tekak pun rasa macam dh mengidam..bahan2 pulak ada dlm fridge..maka operasi pn bermula.. kebetulan pulak ada customer order..so one shot terus buat utk mkn sekali...jom tengok bahan2..


Resepi : Blueberry Cheese Tart
Sumber : Azita Zain @ rossitamz-kitchen.blogspot.com
Sumber 2 : kak nuruniatti
Step by step tang nk buat shell & cream cheese dia bleh tgk kt
SINI

Bahan2
Tuk Shell/Crust
170gm marjerin
blh guna 2 sudu besar butter. Maknanya marjerin + 2 sudu besar butter = 170gm

[aleen guna 100% buttercup]
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
- klau guna Gred yg lbh besar kena buang sedikit putih telur dia

290gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila

Cara2
1. Pukul marjerin & gula ngn senduk kayu. pukul dlm 5 minit
2. Masukkn telur & esen vanila. Pukul lg
3. Masukkn tepung sedikit demi sedikit hgga mendapat doh g x melekat kt jari

4. Amik sedikit adunan, tekan & ratakan dlm acuan. Cara yg biasa org guna,  guna kedua2 ibu jari & jari telunjuk. Ibu jari masukkn dlm acuan & pusingkan acuan sambil kedua2 ibu jari menakan & meratakan adunan dlm acuan... [cara aleen sedikit beza..so nk tau..refer kat pic kt bawah nie..] Dh siap tu, cucuk2kn permukaan doh ngn garfu

5. Bakar pd suhu 170'C selama 15 minit & hgga masak
Sementara nk tunggu masak tu, bleh la buat cream cheese dia

[CARA BUAT CREAME CHEESE SCROLL LAGI KE BAWAH..]

Bahan Lain
Blueberry filling & Strawberry filling


buttercup 100% aleen guna, klo butter keras rehatkan kt luar dulu..supaya senang nnt nk kacau. kacau guna senduk kayu ok. selama 5 minit mcm tu..


lps tu masukkan telur, gaul lagi..kacau sebati..


masukkan tepung yg tlh diayak sedikit demi sedikit..uli hingga jadi doh..


ni lah hasil doh utk shell tart..make sure doh yg licin x melekat ok..


 haaa..ni lah yg aleen katakan tadi.. step/cara aleen nk muatkan doh dlm mould tart sikit beza,tp amat memudahkan..menyenangkan..disamping dpt shell yg rangup dan sama rata size nya.. apa yg perlu dibuat..sehelai plastik putih bersaiz besar & roll. ambil sedikit doh letak kan atas plastik bersih tu td..gelek dgn roll agak2 nipis mcm pic atas ni..


ambil mould terapkan atas doh seberapa banyak yg blh..


kemudian terbalikkan doh mcm pic ni..


 dapat hasil mcm ni...


mula la step ratakan dlm mould..step utk ini masih sama..guna ibu jari juga utk ratakan..tp x ambil masa yg lama utk ratakan dlm mould..klo buat step yg satu lg tu..rasanya take time juga..size pn maybe x baper nk sama..mungkin ada tebal sedikit.. dh siap ratakan..ambil garfu dn cucuk2 kan mcm kt pic ni.. lps tu bakar ikut masa & panas oven yg diberikan..[refer kt resepi..]



shell yg dh masak..makan mcm ni saje pn sedap..rangupppp...


sampai dh step utk bubuh filling.. yg ni aleen guna blueberry filling..letak mcm tu...


tuangkan cream cheese yg dh siap diadun tu.. masukkan hampir penuh shell tu..yg decoration bunga tu..cream cheese diambil dlm satu sudu besar warnakan ikut warna kesukaan.. buatlah corak yg disukai.. lps tu masukkan dlm oven semula lbh kurang dlm 3 minit mcm tu.. dh siap kuarkan dr oven boleh lah dihidangkan..


dah siap masak...


CARA NAK BUAT CREAM CHEESE

Bahan Cream Cheese [refer pic aleen kt bawah ni juga]
250gm cream cheese [blh guna tantura cheese atau philadephia cheese]
50gm gula kastor
1 biji telur Gred B

1/2 sudu teh esen lemon - akak guna esen oren
editing ~ aleen added 1/2 cawan whiping cream

Cara2

1. Pukul cream cheese & gula hgga berkrim

2. Masukkn telur & esen vanila & whiping cream. Pukul lg hgga sebati

3. Amik 1 sudu besar adunan & buh sedikit kaler pink. Amik 1 sudu besar lg adunan cheese & buh kaler hijau. Masukkn kedua-dua adunan cheese kaler hijau & pink ni ke dlam piping bag yg berasingan. Klau guna piping bag lg senang nk buat garisan





SELAMAT MENCUBA!!!

INFO/TIPS > DARI CHEF AZLI UNTUK SHARING ..
Pai shell atau lapisan bawah pie/tart perlulah rangup. Ini bagi pai atau tart yang dibakar dahulu tanpa sebarang isian atau kita panggil blind bake. Kemudian kulit pai atau tart ini akan digunakan sebagai bekas untuk isian @ filling Walaubagaimanapun jika anda ingin mneggunakan resipi ini untuk resipi pai yang dibakar bersama isinya boleh juga tiada masalah. Ada teknik untuk membuat pai shell yang rangup dan antara pantang larangnya adalah kurangkan penggunaan tangan kerana mentega mudah cair apabila terlalu kerap digaulkan dengan tangan. Selain itu uli jangan terlalu lama bagi mengelakkan protein tepung membentuk gluten yang akan meliatkan kulit pai nanti. Sebaik baiknya gaulkan menggunakan mesin pengadun. Doh yang telah siap perlulah direhatkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 15 minit agar mudah dibentuk dan supaya tekstur lebih rangup apabila dibakar nanti.

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo