Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Friday 5 February 2016

UNCLE JACK NASI AYAM HOMEMADE

Kesukaan anak-anak & keluarga makan nasi ayam uncle jack.. sekali sekala boleh lah shopping kan.. jika beli RM nya boleh tahan.. maka saya kena buat sendiri di rumah. Berbaloi-baloi boleh menambah banyak kali.. makan dengan senang hati.. jimat duit tak perlu nak gi uncle jack sokmo .. anak2 ni klo makan mcm ni suka sgt... sgt laris kalau di rumah kak ton..



Uncle Jack Nasi Ayam Homemade
By ~ Aleen Aireish

Utk Nasi ayam :
5 cawan beras
1/2 tin susu cair
1 btg serai [belah & ketuk]
2 inci halia [tumbuk halus]
1 pc kulit kayu manis
2 pcs bunga lawang
1 helai daun pandan [disimpul]
stok ayam secukupnya
3 s/b margerine
2 s/b myk masak
1 bj bawang besar [mayang halus]
3 ulas bawang putih [mayang halus]
garam secukupnya
sedikit serbuk kunyit

cara-cara :
- cuci beras bersih, masukkan susu cair + daun pandan, ketepikan
- panaskan margerine + myk masak tumis bawang besar + bawang putih + kulit kayu manis + bunga lawang + halia + serai = hingga naik bau garing, kemudian tuang ke dlm periuk beras td
- masukkan stok ayam + garam + serbuk kunyit, masak dgn rice cooker seperti biasa

Utk Ayam Goreng Spicy :
1 ekor ayam [belah ikut citarasa]
2 s/mkn serbuk cili
2 s/mkn serbuk kari
tepung goreng bestari serbaguna [lain2 tepung serbaguna pun blh]
stok ayam

Cara-cara :
- Ayam tu semestinya telah direbus awal td ok sbb stok ayam digunakan utk masak nasi & utk bancuh tpg ayam nnt.
- masukkan serbuk cili + serbuk kari + tepung serbaguna + stok ayam = gaul sekata jgn cair bancuhannya.
- taburkan tepung serbaguna ke dlm bekas lain, ambil ayam yg tlh dibancuh td golekkan dgn tepung supaya disaluti tepung sepenuhnya, goreng dlm myk yg panas & byk, api sederhana aje
- ayam kelihatan kekuningan/brown blh lah diangkat. tak perlu lama hingga gelap tepungnya ok sbb ayam tu dh pun direbus masak terlebih dahulu..

nyummyyyy ...








SELAMAT MENCUBA...

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo