Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Wednesday, 30 March 2016

SAMBAL AROMA WANGI UDANG

kelainan sikit daripada sambal udang biasa.. dr segi bahan menyelerakan.. sedap.. lazat.. kita dah cuba..


SAMBAL AROMA WANGI UDANG
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ chef hanieliza

Bahan-bahan :
1/2kg udang
3 tangkai daun kari
1 labu bawang besar [potong bulat]
5 biji limau kasturi [ambil jus]
1 sudu mkn udang geragau / udang kering
garam & gula secukup rasa
sedikit air panas

Bahan kisar :
15 tangkai cili kering
5 bj bawang merah
3 ulas bawang putih

cara-cara :
panaskan minyak, tumis daun kari
masukkan bahan kisar + udang geragau/udang kering..masak hingga naik bau pecah minyak
masukkan udang segar + air + bawang besar + garam + gula sesuaikan rasa, kacau rata
bawang sudah layu tutup api, masukkan jus limau kasturi.. kacau rata sekali lagi.. siap..
















SELAMAT MENCUBA..

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo