Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday, 28 March 2016

MASAK LEMAK CILI API SARDIN TIN


Bosan tomeh tomeh tomeh .. masak lemak cili api plak.. esok2 masak kari plak.. pening2 fikir nk masak apa hari2 hihi.. bau aroma nya buat perot bergetaran.. CARA MUDAH MAMA ALEEN



MASAK LEMAK CILI API SARDIN TIN
CARA MUDAH MAMA ALEEN

By ~ ALeen Aireish

1 tin sardin size besar
~>> ambil isi/ikan sahaja.. sos/kuah sardin tak nak ok

1 kotak santan
1 biji bawang besar **
3 ulas bawang putih **
10 bj cili ** [nak pedas lg lebihkan cili]
sedikit belacan **
1 btg serai [dibelah & ketuk]
3 keping asam gelugor
daun kesum
sedikit serbuk kunyit
air secukupnya [jika santan terlalu pekat]
minyak utk menumis
garam & gula secukup rasa

~>> bahan bertanda { ** } kisar dahulu, panaskan myk tumis bersama dgn serai & serbuk kunyit hingga naik bau pecah minyak
~>> masukkan santan + air secukupnya, kacau perlahan
~>> masukkan daun kesum + asam gelugor kacau sebentar, masukkan sardin tin kacau perlahan, tambah garam + gula utk sesuaikan rasa.. masak sebentar tutup api..












SELAMAT MENCUBA ..

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo