Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 13 September 2011

KEK COKLAT MOIST KUKUS











Bahan-bahan : KEK COKLAT MOIST LEMBAP [KUKUS]
1. Tepung Gandum 2 cawan (ikut la cawan saiz apa pun.. )
2. Serbuk koko 1 cawan (guna serbuk koko Van Houten la, baru best)
3. Susu pekat manis 1 tin (tin yang panjang 250g)
4. Gula pasir 1 cawan
5. Telur 4 biji
6. Minyak masak Mazola atau Daisy 1 cawan
7. Air panas 1 cawan
8. Soda bikarbonat 1 sudu kecik (jangan terlebih lak, nanti rasa pahit)
 

Cara-cara nak masak :
1. Pukul telur ngan gula. (Kalau takde mixer, guna blender pun boley..)
2. Ayak tepung, koko dan soda bikarbonat.(campur skali)
3. Gaulkan bahan yang diayak tadi dengan susu manis.
4. Masukkan campuran telur yang dah dipukul tadi.
5. Gaulkan rata. Guna senduk ke, sudu ke, kacau..
6. Masukkan minyak masak. Gaulkan rata-rata.
7. Masukkan air panas. Gaulkan rata juga.
8. Masukkan bahan ni dalam loyang. Letak dlm bekas multipurpose plastik tu pn blh.. Tak payah letak minyak atau marjerin kat loyang tu.
9. Kukus selama 1 jam.  



SELAMAT MENCUBA..

2 comments:

hv fun with my cute photo