Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 27 September 2011

JELLY DIAMOND GULA MELAKA

Seperti biasa Aleen cuba cuba resipi .. pertama kali tengok agar-agar ni berkenan di hati .. Terasa sejuk jew bila makan .. nak pula dari peti ais mmmmm sedap nye .. budak2 pun suka .. bahan-bahan pun simple ajer .. mudah juga buat nye ..

Nama nye pun grand jew DIAMOND hehee... tu diaaaaaaaaa ehhh .. besar nyer diamond tu .. apa lagi u alls cuba lah .. kalau kreatif uabah2 lah .. edit2 lah ikut citarasa .. mana tau kot2 up lagi rupa Jelly Diamond ni ..



By ~ Aleen Aireish
sumber ~ mr google

JELLY DIAMOND GULA MELAKA

Bahan-bahan :
6 gram agar-agar serbuk ( boleh guna agar-agar stripe )
1/2 ketul gula melaka, saiz kecil ( di cincang halus) * guna gula merah pun blh
1 1/2 cawan susu kacang soya ( boleh ganti dengan susu segar atau susu ideal)
1 helai daun pandan
2 sudu besar gula
400 ml air

Cara-caranya

1. Serbuk agar-agar tu bahagi dua, satu bahagian di campur dengan air susu kacang soya, (lebih kurang 1 1/2 cawan tu 350ml) kacau sebati dan masukkan 2 sudu besar gula, masak sehingga gula larut. angkat dan masukkan dalam bekas petak kecil, sejukkan.

2. setelah agar-agar kacang soya tu sejuk, potong dadu, taburkan agar-agar yang telah dipotong bentuk kiub kecil tadi di dalam loyang petak dan ketepikan, kemudian ambil baki agar-agar serbuk,dan campurkan dengan 400ml air, dan masukkan gula melaka, dan daun pandan yang telah di simpul, biarkan gula melaka larut.

3. Setelah semuanya sebati , curahkan adunan gula melaka di dalam loyang yang mengandungi kiub agar-agar soya dan kacau perlahan menggunakan sudu, setelah agak sejuk, masukkan didalam peti ais beberapa jam, potong agar-agar bentuk diamond(potong bentuk triangle) dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

**gula merah blh digunakan jika tiada gula melaka.

style aleen masak ..
aleen masak..aleen guna sepeket agar2 tali 25g, aleen bahagi 2. 1/2 utk soya, 1/2 lg utk gula melaka. sukatan air utk masak gula melaka 3 cawan air, utk soya 3 cawan soya. gula agak2 rasa manis..coz gula melaka dh rsa manis skit..ikut citarasa manis nk byk mana..



part keraskan agar2 soya, suka hati nk guna mould jenis apa utk jadikan diamond .. klo ikut resipi atas ni hanya potong2 dadu shj ..


agar2 soya dh keras, susun dlm loyang, suka hati nk susun mcm mana ok..


 tuangkan agar2 gula melaka ke dlm pan ni .. biarkan keras sedikit kemudian simpan dlm peti ais ..


dah siap.. boleh potong dan makan ..

SELAMAT MENCUBA !!!!

 

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo