Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday, 20 December 2011

BUBUR ANAK LEBAH

Haaa..pernah dgr tak nama bubur ni..siapa org perak sebelah sg siput..kuala kangsor maybe pernah dgr nama bubur ni..bubur ni org2 lama dulu yg famous buat..dlm famili aleen arwah opah rajin sgt buat bubur ni..bila opah dh xde..my bonda plak yg meneruskan resepi ni..klo bulan poser x sah klo xde bubur nih..pernah ari tu bulan november 2011 relative kenduri kawen bonda buat bubur ni satu periuk telinga yg besor tu..masyaallah..bertalu-talu jew tetamu yg dtg tu mencedok tk berenti..siap yg minta tapaw pun ada..hehee kelakor ..ni la penangan dek BUBUR ANAK LEBAH cek yah..so pe lg jom tgk resepi ya..

Bahan2 utk doh
500gm tepung beras [anggaran dlm 3 cawan]
1 cawan tepung pulut
2 cawan santan cair
1 cawan gula
1 sudu teh air kapur
secubit garam

Bahan2 utk kuah ~ masukkan semua bahan dlm piuk kecuali gula..dh mendidih sikit2 tu blh la masukkan gula. kemudian masak hingga bubur tu masak.
1 biji santan kelapa [aleen guna santan kotak, so 1 kotak dh cukup]
2 helai daun pandan [disimpulkan]
gula pasir [agak2 sendiri ya manis nk byk mana..]
jika santan tu agak2 pekat blh la tambah air 


ok, yg ni bubur anak lebah yg dh siap masak, originally kaler bubur ni bkn yellow ya..ekceli kaler putih but dlm resepi ni aleen sengaja tambah sikit perwarna kunig utk sikit kelainan tp jgn riso..rasa nya tetap sama..sedap..


ni tepung beras, tepung pulut yg telah diayak dalam satu bekas..


mcm ni la rupa air kapur yg dimaksudkan..siapa yg x pernah tgk..blh la tgk ni ya..slalu kt kg2..atok, opah jew yg sker simpan kapur ni sbb nk mkn sireh..hehee tp aleen simpan utk buat kuih muih


santan cair bersama gula dimasak sampai mendidih..panas, ketika masih panas tu..tuangkan sedikit demi sedikit dlm tepung yg diayak tadi..masa gaul tu pastikan guna senduk ya..jgn guna tgn nnt melepuh tgn yg comey tu.. bancuh jgn lembik tau..sekadar dh x melekat kt jari2 kita tu kira dh ok. Jgn lupa air kapur..masukkan sekali masa tepung tu blm jd doh.. Jika terdapat lebihan santan panas tu jgn dibuang later on blh top up utk kuah nyer..


mcm ni la hasil adunan yg dpt..blh la uli2 kan nya bila dh rasa suam2.. adunan ni tak melekat kan..klo blh dpt adunan mcm ni la..


part ni aleen nk citer sikit..ekceli utk bubur ni ada acuan khas ya..kt kg bonda aleen guna acuan dr tempurung yg ditebuk lobang2 kecik..acuan ni arwah opah aleen buat sendiri..kt pasaran aleen rasa xde jual.. tp klo nk guna senduk yg berlobang tu boleh gak sbg alternative..utk buat mcm ni kpd siapa yg rajin ya..klo mcm aleen ni..kira keje org malas la tau nk cpt siap jew hehee..so aleen gunting kecik2 jew..mcm kt pic tu..tp klo blh time u all nk gunting2 tu make sure guna dulang yg besar tu dan tabur2kan tepung agar x melekat antara tepung yg digunting tu..[jgn tiru mcm aleen ni ya..aleen tersilap teknik ni..aleen gunting dlm besen bertindih-tindih nnt jd gumpal2 gitu..heheheee..]. Lg satu teknik..u all blh sediakan kuahnya dulu hingga mendidih panas..kemudian kecilkan api sikit..make sure ya kuah tu betoi2 panas..lps tu ambil acuan atau gunting2kan terus ke dlm piuk..mmm aleen harap u all faham ya..!!!

 ooopppssss!!! one more thing, aleen nk berpesan..bubur ni klo dh sejuk dia akan beku..so b4 makan blh panaskan semula dgn menambahkan air panas ke..air suam ke..air paip pun blh..heheheee
selamat mencuba!!!

Sunday, 18 December 2011

KENTANG PUTAR / MASHED POTATO

By ~ Aleen Aireish

MASHED POTATO / KENTANG PUTAR
Bahan-bahannya:8 - 10 biji kentang (Kupas kulit) dan potong dua
250gm butter 
1 kotak kecil susu segar
serbuk lada hitam (ditumbuk halus)
serbuk lada sulah

Cara-caranya
1. Kentang di kupas dan di potong lebih kurang sama saiz. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan air yang cukup-cukup menutup kentang. Rebus dlm 20minit.
2. Bila kentang cukup empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Alihkan dari atas api.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan leyek (butter tu ikut suka, nak letak lebih ke atau sikit..terpulang pada anda)
4. Season dengan lada sulah dan lada hitam. Jika nak pedas letak lebih.
5. Tuangkan susu dan lenyek lagi hingga rata. (susu ni pun letak ikut sesedap rasa..masuk sikit demi sekit) Susu akan buat mashed potatoes lebih gebu dan lemak.

Gravy @ Sos 
Bahan-bahannya: 
1 labu bawang besar.
2 ulas bawang putih (ketuk dan chopped)
4 sudu butter 
2 sudu tepung jagung 
2 cube ayam maggie
lada hitam/sulah
2 cawan air

Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali. Tumis bawang. Biarkan dia caramelized. Kasi hangus-hangus sket.
2. Masukkan tepung jagung. Tumis sampai tepung warna coklat. Atau sampai warna gravy yang dikehendaki.
3. Masukkan air. Kacau sampai rata .
4. Pecahkan cube ayam tadi dan masukkan dalam kuah. Masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat. Tambah air. 
6. Kacau rata. Tutup api. Masukkan kuah dalam blender. Blender sampai tak berketul. Hidangkan bersama mashed potatoes



kentang yg dh siap rebus lembut utk dilenyek..


dh siap dilenyek bersama campuran bahan-bahan sprt butter, lada sulah & fresh milk. [but aleen tukar fresh milk kpd full cream milk coz dlm fridge kt umah de stok susu tu lg..] jgn risau taste nye tk mengecewakan..lazat sgt..


ni sos utk potato tu..aleen x follow yg kt resepi tu coz kt umah ni request nk mkn dgn cream of mushroom soup..mcm aleen katakan td..rasa mmg umphhh!!! lg pun masa utk menyediakan sos ni sgt cpt..cuba lah...



ni la soup yg aleen gunakan..dlm soup ni aleen add 1 labu bawang besar yg di mayang 

halus..masakkan bersama soup tu hingga likat pekat..


dah ready utk di makan..nyummmmmmmmmmyyyyyyyyyy..

SELAMAT MENCUBA..

KARIPAP KENTANG / DAGING / AYAM

Bahan-bahan ( dlm 35biji ) utk doh karipap :
  • 4 cawan tepung
  • 2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
  • 1/2 cawan minyak (panaskan)
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
  1. Untuk doh: panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan.

bahan2 inti sardin :
  • Untuk Inti: 1 tin sederhana sardin
  • 2 biji kentang besar- dadu
  • 1 labu bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk
  • 1/2 inci halia- ketuk
  • 2 sudu besar cili giling
  • garam/gula secukup rasa
  • 1 biji limau nipis

cara :
  1. Untuk inti: tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau
  2. masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak
  3. masukkan sardin (sekali dgn sos dia)
  4. masukkan kentang dan air yg agak banyak (kene tunggu kentang empuk). sentiasa gaul2. jgn tinggal atas dapur, nnti hangus bahagian bawah.
  5. bila kentang dh empuk, perasakan garam n gula. masak sampai kuah kering. tutup api dn perah limau nipis..
  6.  bila inti dh sejuk, blh la buat karipap =) ni yg dh siap.. blh wat frozen karipap.


Bahan Inti: inti daging
5 biji ubi kentang – potong dadu dan rebus
2 biji bawang besar – potong dadu
3 tangkai daun kari – hiris halus
4 tangkai daun sup – hiris halus
350 gram daging – dicincang
1 kiub pati ikan bilis
Gula secukup rasa
2 sudu rempah kari ikan
100 ml air
2 sudu minyak masak
½ biji telur rebus

cara buat inti :
Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Tumis hingga garing.
 Masukkan bahan-bahan inti yang lain, kacau hingga daging masak dan mesra. Tutup api.


panaskan marjerin bersama dgn myk hingga maejerin cair


 tepung yg dicampurkan bersama dgn marjerin yg dipanaskan tadi..diuli dpt hasil mcm ni..pastikan doh tak melekat ya..


doh yg dh diberi sentuhan, so jadilah karipap





karipap aleen frozenkan, senang bila nk makan goreng kan jew..


dah siap goreng, jom makan!!!

SELAMAT MENCUBA

Monday, 12 December 2011

CUPCAKE FONDANT SPONGE

Buat pertama kali pengalaman aleen buat fondant cake..b4 aleen x pernah buat cuma tengok-tengok resepi jew..suka gak tengok decoration yg sgt cantik..cute..menarik..
Aleen buat kek ni utk tak menghampakan one of my friend yg nk melangsungkan pertunangan anak perempuan nya..so dia order utk kek fondant ni..the reason is..dia kata senang nk bawa dlm prjalanan yg jauh..dan kek ni x mcm kek krim..coz any happen sure kek ni menten dan x cair..hehehee..betoi gak kata dia kan!!! so ni la hasil nya..kek yg simple..



1st basic topping, aleen letakkan fondant asal yg berwarna putih bersih


2nd step, aleen mula mewarna fondant icing asal kpd warna hijau utk daun..


3rd step, aleen mewarnakan fondant icing asal kpd warna merah garang..lps tu aleen bentukkan nya bunga rose comel-comel..


4th step, aleen letakkan dot dot merah utk nampak kan lg cantik supaya x nampak kosong sgt design tu..


so siap sudah sepenuhnya kek ni..mcm ni la design yg aleen buat..
HARGA UNTUK CUPCAKE FONDANT RM4-RM7 / PC
YG NI DITEMPAH 32PCS x RM4.00

Enjoy with my pic

JOM BELAJAR BUAT FONDANT ICING

Bahan-bahan ( Hiasan utk 1 biji kek )
63 ml air 1 sudu besar gelatin halal (guna Halalgel) 
125 ml sirap glucose 
1 1/2 sudu besar gliserin 
2 sudu besar lemak sayur (shortening) 
1 kg gula aising (Ayaq dulu) Pewarna pilihan 

Cara-cara
Kaedah double boiled akan digunakan utk membuat fondant ni. 
Bekas tahan panas diperlukan utk proses memasak. 
Tuang air ke dalam bekas dan masukkan gelatin. 
Kacau dan ketepikan (lebih kurang 1min) supaya gelatin kembang. 
Double boiled bahan td. Kacau gelatin sehingga larut. Kemudian masukkan glucose, gliserin & shortening ke dlm bahan yg sudah larut td. Kacau sehingga semuanya larut. 
Setelah semua bahan larut. Tutup api dan biarkan bahan td sejuk atau suam2 gitu. 
Setelah bahan suam2 kuku, masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan kacau sehingga sebati (lebih kurang 500gm gula, doh akan keras sedikit.
Proses menguli boleh diteruskan menggunakan breadmaker atau teruskan dgn uli menggunakan tangan)
Doh yg sudah siap akan jadi seperti gambar ni. Warna putih. Biarkan doh semalam utk hasil yg lebih baik. Simpan dalam bekas yg kedap udara. Boleh simpan didalam suhu bilik.  
Seterusnya, proses mewarnakan doh. Bahagi doh kepada beberapa bahagian. Titiskan sedikit sahaja pewarna sehingga dpt warna pilihan hati. Akhir sekali proses membentuk doh. Harap semua faham bagaimana utk menghasilkan fondant icing. 




ni lah hasil bahan yg menggunakan kaedah double boiler


gula icing 1kg yg diayak terlebih dahulu..


dh siap diuli dan hasil dohnya seperti ini..


selamat mencuba

Sunday, 11 December 2011

MINI POPIA GULUNG ANEKA RASA

kuih ni sepanjang masa ada jew customer order utk mkn dan buah tangan..tak payah tunggu hari raya..tapi kalau hari raya kompom aleen plak x menang tangan buat popia ni byk sgt tempahan dr customer dan rakan2 serta relative..keje yg sedikit rumit pasal aleen nk kena gulung kulit popia by pcs..time ni mula la pinggang aleen meragam..buat hal..lenguh yarabbi..rasanya memang sedap hingga licin bekas..makan sekali x boleh stop..nak lg..nak lg..nak lg..ni la hasil nyer..


yang ni perasa kacang hijau, perasa manis disira gula dan horlicks


yang ni plak paling byk mendapat sambutan perasa pedas manis yg disira cili. biasa la org timur kan ke suka makan yg pedas2 baru puas hati kena dgn selera kan..








ada juga customer request yg plain jew..rasanya sedap juga lemak2 gitu..




ok, harga untuk sebalang tu rm20.00 semua sama harga. Biasa customer request by post laju, so charge utk pos laju sebalang rm8 so kalau byk balang kena timbang ikut berat..

Saturday, 10 December 2011

KEK ORANGE BLENDER

Blended Orange Cake

Sumber : Kak Fida@MYR
Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang



bahan-bahan :
1 bji buah limau
1 cawan minyak (ganti dengan mentega cair pun boleh)
2 cawan gula halus (letak 170g dan utk 1/2 adunan,letak 80g bagi yg x mkn manis)
3 biji telur (guna telur gred A)
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara
Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. (hanya ambil isinya sahaja)
Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. (campurkan sekali dengan parutan kulit limau)
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas dan digriskan.
Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.

SELAMAT MENCUBA!!!

DAH MASAK DAN DIPOTONG


 BARU ANGKAT DARI OVEN





 ni limau fresh aleen dah potong2 kecil untuk di blender kan nanti..


 telur ni akan diblenderkan bersama dgn fresh orange..


tepung gandum diayak bersama baking powder


ni lah hasil bahan-bahan yg diblender kan ajer, tak payah guna mixer pukul kembang ke..gebu ke..cukup sekadar diblender halus..mudahkan!!!


lps tu campurkan tepung sedikit2 sampai habis..kaup balik kan ajer adunan tu..


dah siap kaup balik kacau sebati, aleen saje upgrade kan kpd 2 bagian lps tu 2 colour iaitu colour biasa & colour oren kuat sikit. lps tu aleen top up kan sedikit dgn sunquick pati oren utk tambah kesedapan dan rasa..lps tu masukkan dlm loyang mula dr tgh satu warna, 2nd masukkan warna lg satu ditgh loyang atas adunan yg mula td..buat sampai habis step tu..dah siap bakar lah..

terima kasih pada tuan asal resepi ni..
SELAMAT MENCUBA!!!

hv fun with my cute photo