Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday, 6 February 2017

KUIH KERIA GULA MELAKA VIRAL

klo tnya i tang mana sedapnya.. i ckp sama je rasanya dgn yg biasa kita buat.. tk tau tang mana special.. maybe gulanya kot.. apa2 pun kita sharing resepi & step by stepnya..





KUIH KERIA GULA MELAKA VIRAL
By~ALeen Aireish
sumber ~ rakan2 alam maya

Bahan-bahan : untuk adunan tepung kuih keria
1kg ubi keledek [oren,ungu,putih blh je]
230gm tepung gandum
2 tbsp tepung beras
1/2 tsp garam halus
1 tsp double action baking powder
2 tbsp baking powder

Bahan-bahan : untuk gula melaka/karamel
2 btg/ketul gula melaka [anggaran berat lbh kurang 350gm]
1 ketul gula batu [agak2 kita,jgnlah sebesar penumbuk kita]
1 tbsp gula pasir
2/4 cawan air
2 helai daun pandan

Cara-cara:
ubi buang kulit, cuci bersih, potong kecil supaya senang empuk semasa rebus nnt, masukkan garam sekali semasa rebus agak2 jer.. dh siap toskan, alih dlm bekas lain, lenyekkan bg halus, nk tumbuk guna lesung batu pun blh atau apa2 ajer yg u alls rasa sesuai..
kemudian, bahan kering di atas diayak semua sekali, masukkan tepung sikit2 campur dgn ubi, buat hingga tak melekat,melekit dijari.. jika ada lebihan tepung tak apa.. ikut lembut adunan..nama je sama ubi keledek.. tp ada oren, ungu, putih..bila di rebus kejadian x sama.. ada yg kata ubi putih terbaik, kurang air.. saya guna yg ungu.. kt kedai tu je yg ada..
dah siap, kasi timbang, saya buat 40gm.. so sebaya je kuih keria montok saya..
lps tu buat lubang di tengahnya, guna chop stick atau apa2 stick yg sesuai utk buat lubang pd kuih keria
pastikan minyak betul2 panas, baru mula menggoreng, goreng hingga masak.. ketepikan

Cara-cara sediakan air gula/karamel gula melaka :
hancurkan gula melaka kpd kepingan kecil, sama juga dgn gula batu..
dlm kuali masukkan air, kemudian masukkan kesemua gula2 tu bersama daun pandan, masak hingga gula2 tu mencair tiada ketulan
pastikan air gula tu berbuih masukkan kuih keria, gaul rata perlahan.. hingga air gula tu bersalut sekata dgn kuih keria
masak jgn kering sgt air gula tu, biar lembap2 sikit.. gula tu nnt akan mengeras sendiri.. berkeping sgt pun x blh.. nnt habis karamel tu tercabut sendiri.. terbotak sudah kuih keria kamu..

NOTA :
sukatan "tsp" - tea spoon
sukatan "tbsp" - sudu besar
sukatan ni semua saya guna sukatan cawan & sudu metrik




















selamat mencuba...





No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo