Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday 6 February 2017

KASUWI GOYANG


Minum ptg tadi.. saya org paling last mencuba kasuwi goyang bergetar inul ni rasanya .. bergetar sampai ke perot..sedap2 .. loyang dah kosong ..




KASUWI GOYANG
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ kak Lyn Ab Rahman
========================
sukatan cawan metrik
1 1/3 cwn tepung gandum
1 1/3 cwn tepung ubi
5 cwn air
1 cwn gula pasir
1 cwn gula merah
Sedikit kicap pekat mnis [nak warna lagi cantik] saya tk letak
Daun pndan simpul
1 sudu teh kapur [bkn air kapur yer..]

kelapa parut putih + sedikit garam halus = kukus sebentar
supaya tak cepat basi

Cara-cara :
Masak bersama gula pasir + gula merah + air, serta daun pandan
ketepikan.. agak suam masukkan tepung gandum + tepung ubi bersama sedikit kapur...guna whisk atau kisar guna blender pun blh
Tapiskan ke dlm loyang yg telah disapu minyak masak
Kukus 25 minit atau hingga masak
sejukkan baru potong gaul dgn kelapa putih yg tlh dikukus/stim terlebih dahulu.
-------------------------------------
sukatan gram
140gm tepung gandum
130gm tepung ubi
1000ml air
180gm gula pasir
160gm gula merah
Sedikit kicap pekat mnis [nak warna lagi cantik] saya tk letak
Daun pndan simpul
1 sudu teh kapur [bkn air kapur yer..]

kelapa parut putih + sedikit garam halus = kukus sebentar
supaya tak cepat basi














SELAMAT MENCUBA...









No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo