Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Friday 6 January 2012

KUIH TALAM TOKYO

Ermmmm.. nak makan talam tokyo ni tak perlu pergi jauh ya.. kat malaysia pun boleh dapat hehee..unik betoi nama kuih ni kan! kalau dh tokyo, kuih talam bollywood ke..hollywood ke mcm ne la agak nyer... apa2 pun terima kasih pada tuan punya resepi ni.. aleen tak ingat dari mana aleen godek2 resepi ni.. harap beliau dimurahkan rezeki..aminnn...


Bahan-bahan :
sumber ~ aleen

[guna loyang 8x8 inci]

Lapisan bawah :
1 cawan biji sagu
1 paket kecik suhun - direndam hingga lembut
1/2 cawan kelapa parut - ambil putih shj
1/2 cawan santan cair
secubit garam

Lapisan atas :
4 biji telur
1 cawan gula pasir
2 1/4 cawan santan
6 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
Sedikit pewarna hijau & kuning

Cara-cara :
- Sapukan loyang dgn sdkt myk masak
- Utk membuat lapisan bawah : - sagu biji yg direndam dituskan. Campurkan semua bahan dan kukus 10 minit mcm tu..
- Apabila lapisan bawah dh masak, tekan lapisan tu dgn sudu atau yg alat yg sesuai supaya mampat. siapa yg pernah buat serimuka step/kaedah nyer sama saje..
- Utk lapisan atas : - Campurkan semua bahan dlm kuali dan kacau rata supaya tak bergentel, nk mudah lg..blender bagi halus..
- Bahagikan aduna kpd 2 bahagian, satu bahagian diwarnakan kuning & satu bahagian lg diwarnakan hijau, kalau nk bg warna hijau tu cantik campur sikit warna kuning.
- Kukus kapisan warna kuning dahulu selama 10 minit, kukus dgn api sederhana.
- Bila dh masak masukkan lapisan yg ke dua watna hijau, sebelum letak lapisan hijau tu.. guna garfu mkn tu lorek2 kan ats permukaan yg dh masak td.. tujuan nyer supaya kedua-dua adunan melekat..
- Kukus hingga masak. setiap lapisan ambil masa 10 minit utk masak..klo rasa was2 guna lah lidi..cucuk kan kt kuih tu..klo xde tpg melekat tu signal dh masak..
- Masa kukus jgn lupa cover penutup kukusan dgn kain bersih bagi mengelakkan air wap jatuh kat kuih..nnt kuih x cantik..
- Dah masak, tunggu sejuk sebentar..lps tu boleh lah potong2 dan hidangkan mkn bersama famili


                                  










Design marble tu aleen saje deco2 sendiri.. originally plain saje permukaan kuih talam tu..
SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo