Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 1 October 2013

MARBLE JAPANESE COTTON CHEESE CAKE

MARBLE JAPANESE COTTON CHEESE CAKE
Sempena Anniversary kita buat hari tu .. 16 SEPT paling best on that day satu Malaysia Holiday :)

VISIT SAYA DI FACEBOOK


By ~ Aleen Aireish
sumber ~ blog my baking workshop
Marble Japanese cotton marble cheese cake

Bahan2:
A
160g cream cheese
25g butter
120g susu segar [susu full cream pun boleh]

B
40g tepung kek
30g tepung jagung

C
4 biji kuning telur (Gred A)

D
4 biji putih telur (Gred A)
1/8 sk cream of tartar
100g gula kaster
Secubit garam

E
1 sb serbuk koko
1 1/2 sb air panas (tambah jika kurang)

Cara2:
Sediakan loyang bulat bersaiz 8" (20cm). Griskan permukaannya & alaskan dengan kertas minyak. Kemudian, balutkan loyang tadi dengan kertas aluminium.

1. Masak bahan A guna double boiler hingga cheese cair & pekat. Matikan api.
2. Masukkan bahan B, gaul sebati.
3. Masukkan pula bahan C.
4. Gaul sebati adunan cheese tadi hingga sebati, ketepikan.
5. Pukul bahan D hingga pekat & bertanduk.
6. Masukkan adunan cream cheese tadi, gaul sebati.
7. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan.
8. Satukan bahan E, tuang sedikit2 atas kek & swirlkan untuk membentuk marble.
9. Bakar kek guna teknik water bath selama 40 -45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160C, guna api bawah sahaja.
10. Bila kek masak, segera keluarkan dari acuan & sejukkan sepenuhnya. Hiaskan jika suka.

Cooling process:
1. Untuk memastikkan kek nampak cantik & tidak kecut, segera alihkan kek dari loyang & sejukkan atas wire rack.
2. Potong kek bila sudah sejuk sahaja.


SELAMAT MENCUBA !!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo