Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 1 October 2013

GANACHE PELBAGAI RESIPI

GANACHE
Pilihan ganache utk kek coklat moist ..


GANACHE BY ALEEN
By ~ Aleen Aireish

Bahan-bahan :
250gm coklat masakan [aleen guna brand beryls]
250gm krim putar
2 sudu besar sirap glukos / madu / golden syrup
2 sudu kecil mentega

Cara-cara :
- panaskan cara double boiler krim putar hingga nampak sprt belon2 gelembung ditepi mangkuk WC tu, tutup api
- curahkan ke dlm mangkuk coklat, kacau hingga coklat licin
- masukkan sirap glukos, kacau sebati lg
- masukkan mentega, kacau licin, siap

-------------------------------------------------
DIBAWAH NI ADA BEBERAPA RESIPI UTK TOPPING CHOCOLATE CAKE [GANACHE], suka hati nak pilih yg mana satu ..

SUMBER ~ kek coklat moist kaw
TOPPING 1
Bahan-bahan :
2 sudu marjerin
3 sudu besar susu cair @ air panas
1/2 cwn serbuk koko
4 sudu besar susu pekat

Cara-cara :
1.Masak cara double boiler.
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk.

TOPPING 2
Bahan-bahan :
150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter

Cara-cara :
1.Masak secara double boiler.
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk.

TOPPING 3
Bahan-bahan :
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara :
1. Masak kesemua bahan atas api perlahan.
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk.

TOPPING 4
Bahan-bahan :
250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml double cream atau whipping cream
gula halus secukup rasa (optional)

Cara-cara :
1.Cairkan coklat secara double-boiler.
2.Alihkan dr api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream.Kacau sehingga sebati.
3.Curahkan atas kek.

TOPPING 5
Bahan-bahan :
1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik

Cara-cara :
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk.

TOPPING 6
Bahan-bahan :
200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas

Cara-cara :
1.Masak secara double boiler.
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk.

TOPPING 7
Bahan-bahan :
450g Coklat - potong kecil
300g Cream - (heavy cream/thick cream/whip cream)

Cara-cara :
1.Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
2.Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.


SELAMAT MENCUBA !!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo