Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday 29 August 2013

CARAMELO ALMOND CHRUNCHY

Perghhhhhhhhhhhhhh nombor 1 sedap der .. b4 ni tgk ajer sbb tak pandai buat .. nak beli dah siap mahal pulak tu .. hasil perkongsian rakan2 pesbuk juga akhirnya boleh baking sendiri .. puas makan .. rasa terbaik lah .. siap dpt tempahan lagi ... tp bahan2 nya mmg mahal .. paham2 ajer lah badam & kekacang2 yg lain tu .. guna special flour .. org panggil tepung florentine ..

anak2 makan cakap best .. suruh buat lagi ... anak punya pasal don care mama buat walaupun bahan2 mahal .. u all mcmne???


By ~ Aleen Aireish
sumber ~ kak patmah aspar / kak azlita

Bahan-bahan :
200 gm tepung Florenta [aleen guna BIENETTA]
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam 
100gm kuaci biji labu hijau [aleen tambah sendiri]
20 gm bijan hitam
20 gm bijan putih [aleen tambah sendiri]

Cara-cara :
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara

DO IT YOURSELF










SELAMAT MENCUBA !!!

1 comment:

  1. kalau orang jual kat kedai mahal betul kan..Buat sendiri lagi puas hati. Bos akak tak percaya tepung florentine ni boleh buat biskut nih...

    ReplyDelete

hv fun with my cute photo