Nama jew dah vouge...mcm nama jepun gitu..mesti terfikir-fikir mcm mana la wajah hokaiddo ni kan..semalam baked cake ni, tak sangka.. sambutan dr famili menggalakkan..tk duga awalnya pasal tgk resepi nya simple sgt..at last bila dh masak.. sorang mkn lbh dr 2 cup..heheheeee...nampaknya lps ni blh la try versi hokaiddo lain pulak..resepi ni dr seorang member pesbuk..aleen sharing dgn akk tu.., u alls nk try jom...sedapppp tau!!!
sumber 1 ~ puteri manja
sumber 2 ~ kak nor'azizah mohamad
BAHAN A
3 BIJI KUNING TELUR GRED A
80ML MINYAK MASAK
80ML SUSU SEGAR [aleen guna susu cair]
¼ SUDU TEH GARAM
100GM GULA KASTOR
SEDIKIT ESEN VANILA
120GM TEPUNG NAIK SENDIRI [aleen guna superfine flour]
DIAYAK BERSAMA ¼ SUDU TEH BAKING POWDER
1/4 SODA BIKARBONAT [yg ni aleen tambah sendiri pasal aleen guna tpg superfine tu x guna tpg naik sendiri..so ayak sekali dgn tpg & bp]
BAHAN B
3 BIJI PUTIH TELUR GRED A
50GM GULA KASTOR
SECUBIT CREAM OF TAR TAR [kalau xde pn xpe..]
CARA2NYA
1.SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL DENGAN MIXER HINGGA SEMUANYA BERSATU DAN TIDAK BERGENTEL2…KETEPIKAN
2.PUKUL PUTIH TELUR BERSAMA CREAM OF TAR TAR HINGGA SEPARUH KENTAL DAN MASUKKAN GULA SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL TERUS MEMUKUL HINGGA ADUNAN MENJADI MERINGUE….BERTANDUK BILA TERBALIKKAN DIA
TAK JATUH.
3.AMBIL SEDIKIT ADUNAN PUTIH TELUR TADI DAN GAUL KAUP BALIK KEDALAM ADUNAN A HINGGA RATA.
4.MASUKKAN SELEBIHNYA ADUNAN PUTIH TELUR KEDALAM ADUNAN A DAN GAUL KAUP BALIK LAGI HINGGA ADUNAN SEBATI.
5.MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG DAN PIPEKAN KEDALAM MANGKUK CUPCAKE LEBIH DARI ¾ PENUH.
6.BAKAR PADA SUHU 160'C SELAMA 18 MINS ATAU LEBIH BERGANTUNG PADA OVEN MASING2.
7. SETELAH MASAK KLUARKAN DARI OVEN DAN SEJUKKAN ADUNAN INI.
JOM TENGOK PIC BUAT CUPCAKE NI..
SEMUA BAHAN-BAHAN A..
MASUKKAN TEPUNG, MIXER...
MIXER LICIN X BERKETUL-KETUL..
MERINGGUE : BAHAN B
MIXER HIGH SPEED, SAMPAI BERTANDUK MCM TU..TUNGGENG BEKAS NI ADUNAN X JATUH..KOMPOM DH OK..
MERINGGUE DH SIAP, KAUP BALIK DGN BAHAN A..MASUK SIKIT2..SAMPAI HABIS & SEBATI..
NI HASIL ADUNAN DH SIAP..
DAH SIAP MASUK DLM CUPCAKE..
MASUK OVEN..BAKED
DAH SIAP BAKAR.. [nak tau yg tercotet kaler kuning tu..scroll ke bwh..]
BAHAN CUSTARD
1 SUDU BESAR TEPUNG CUSTARD
1 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
4 SUDU BESAR GULA
200 ML SUSU SEGAR [aleen guna susu cair]
1 BIJI TELUR
1 SUDU BESAR MENTEGA/ BUTTER
CARA2NYA
1.SATUKAN BAHAN DAN MASAK HINGGA ADUNAN PEKAT DAN BERKILAT. ( MASAK ATAS DOUBLE BOILER ). BANCUH TEPUNG DENGAN 50 ML SUSU SEGAR DAHULU BARU SATUKAN KESEMUA BAHAN. .SENTIASA MENGACAU FILLING CUSTARD INI UNTUK MENDAPATKAN FILLING CUSTARD YANG LICIN. SETELAH MASAK SEJUKKAN SEBENTAR CUSTARD FILLING INI.
2. SETELAH KEK MASAK DAN KEK TELAH SEJUK PICIT CUSTARD DI TENGAH TENGAH KEK.CUCUK NOZZLE KE DALAM DAN PICIT. DIA JERR…KEK NI TAKDE CUSTARD PUN SEDAP…
SELAMAT MENCUBA!!! TERIMA KASIH YG PUNYA RESEPI..
Sepatah dua kata ..
DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~
Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment