Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Wednesday, 15 April 2015

PUDING TEMBIKAI ROSE LAICI





PUDING TEMBIKAI ROSE LAICI
By ~ Aleen Aireish

Bahan-bahan :
1/2bj tembikai diambil isi keluar sprt di gambar
10gm serbuk agar-agar
1000ml air
gula pasir secukup manis
1 sudu besar perasa kordial laici
1 sudu besar susu pkt manis
1 sudu besar syrup rose [nk pkt merah tambah je..]

Cara-cara :
- masak agar2 [agar2 + air + gula]
- ambil sesenduk tuang dlm bekas lain + perasa laici kordial + susu pekat manis, kacau sebati, ketepikan biarkan keras, potong dadu kecil2
- baki agar2 dlm periuk td masukkan syrup rose
- ambil tembikai tanpa isi td.. taburkan kordial laici, tuangkan agar2 syrup rose, biarkan sebentar, masukkan dlm peti ais supaya keras dn sedap mkn sejuk. nyummyyyy..

SELAMAT MENCUBA!!!

APAM PISANG BAM BAM





APAM PISANG BAM BAM
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ sis noraslinda bugal / blog yatiememories

BAHAN-BAHAN
1 cawan pisang dilenyek(Pisang emas/berangan atau yg sesuai)
1 cawan gula pasir [aleen guna icing sugar]
4 biji telur Gred A
3/4 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat*

CARA - CARA :
Panaskan kukusan
- Satukan semua bahan bertanda( * ) dan ayak. Ketepikan
- Pukul telur bersama gula pasir hingga kembang
- Masukkan minyak masak. Sebatikan
- Masukkan bahan bertanda ( * ) yang telah diayak tadi. Kacau rata
- Akhir sekali masukkan pisang lenyek. Gaul sebati
- Sapu minyak pada acuan dan tuang adunan 3/4 penuh (saya tuang penuh dalam acuan, [aleen guna paper cup] biar bambam kejadiannya)
Kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana

SELAMAT MENCUBA !!!

AYAM GOLEK DARA



AYAM GOLEK DARA
By ~Aleen Aireish

Bahan-bahan :
1 ekor ayam
1 senduk cili kisar [cili kering + bwg besar + bwg kecil + halia]
cabai besar merah & hijau
bawang goreng
salad
sos cili
sos tiram [optional]
garam & gula secukup rasa

cara-cara :
- didih air kukusan terlebih dahulu
- ayam cuci bersih, gaul dgn serbuk kunyit + garam halus, kukus hingga masak.
- kemudian panaskan myk goreng ayam td. [pastikan ayam tenggelam]. Angkat letakkan di atas pinggan yg sesuai
- panaskan myk, tumis bahan cili kisar hingga pecah myk.
- masukkan sos cili, sos tiram & sedikit air, kacau sebati
- masukkan garam & gula secukup rasa dan cabai merah & hijau
- siram sambal ke atas ayam tadi..
- tabur bawang goreng yg dibuat sendiri sememangnya menghasilkan aroma yg wangi..
- hias dgn salad

SELAMAT MENCUBA!!!

AYAM BAKAR KENNY ROGERS ALEEN STYLE





AYAM BAKAR KENNY ROGERS ALEEN STYLE
By ~ Aleen Aireish

Bahan-bahan :
5 ulas bwg putih
1 bj bwg besar
2 inci halia
sdkt garam
2-3 sudu besar margerine / minyak masak
**goreng bwg putih & besar agak lemau sebentar
** kisar halus semua bahan di atas
2 sudu makan lada hitam
**ditumbuk kasar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam

Cara-cara :
- ayam cuci bersih kukus 1/2 masak
- myk lebihan grg bawang td lumur pd ayam yg tlh dikukus td
- kesemua bahan2 di atas dilumurkan pada ayam perap dlm 1/2 jam
- bakar dlm oven 1jam suhu 200

SELAMAT MENCUBA!!!

KEK MARBLE WARISAN



KEK MARBLE WARISAN
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ sis hafizah yahaya

Bahan-bahan :
250gm mentega
210 gula castor
5 biji telur
1 s/mkn ovelatte
230gm tpg gandum
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh chocolate emulco
80ml susu segar

Cara-cara :
- mentega & gula pukul kembang, gebu, putih
- masukkan ovalette & telur. telur masuk sebiji-sebiji smpai habis, kemudian masukkan esen vanila
- teruskan memukul hingga sebati
- masukkan tpg & susu secara brselang-seli, kaup balikkan sebati
- bahagi kpd 2 bahagian, 1 bahagian masukkan serbuk koko & chocolate emulco, gaul sekata, 1 bahagian lg biarkan yg asal
- lapik loyang dgn baking paper, tuang secara berselang seli hingga adunan habis.
- bakar 180 selama 1 jam brgantung pd oven masing2.. biarkan sejuk sebelum dipotong

SELAMAT MENCUBA!!!

NASI GORENG PATTAYA





NASI GORENG PATTAYA
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ buku masak chef hanieliza

[sukatan ikut byk mana nk buat]

Bahan utama :
nasi sejuk + garam halus secukupnya [digaul & peroikan]
telur
udang segar
kubis
kcg pnjg
carrot
cili merah
daun bawang
telur secukupnya [utk bungkus nasi]

Bahan utk tumis :
minyak masak
bwg putih [cincang halus]
sedikit lada hitam

Cara-cara :
- tumis bhn tumis hingga wangi
- masukkan telur hancurkan, masukkan kubis, kcg pnjg,carrot, cili merah & udang, kacau rata
- masukkan nasi, kacau rata & rasa dah sedap sekata, tutup api, tabur daun bawang

UTK BUNGKUS NASI :
- masukkan nasi grg dlm acuan mangkuk yg sesuai
- dadar telur dlm kuali [aleen guna non stick pan]
- telur masak, letakkan nasi grg dr mangkuk td
- bungkus nasi, ambil pinggan telangkupkan dlm kuali & terbalikkan perlahan
- letak sos cili bersama timun.. atau apa2 yg u all suka lah yer..

SELAMAT MENCUBA!!!

KARAMEL TANPA TELUR




Bahan A : Gula hangus
2 sudu besar gula pasir
Bahan B : Utk Caramel
10gm agar2 serbuk/powder
4 cwn air
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 cwn gula pasir
1 tin susu cair
1 s/k esen vanila
3 sudu besar tpg kastad
Cara-cara :
1. buat gula hangus, ketepikan
2. satukan semua bahan B, kacau selalu atas api hingga mendidih & kelihatan agak pekat
3. tapiskan dan tuangkan ke dlm loyang gula hangus tadi. biarkan sejuk, kemudian simpan dlm peti ais supaya caramel td elok keras
sedap dimakan sejuk.. nyummmyyy
SELAMAT MENCUBA !!!

hv fun with my cute photo