Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 22 July 2014

BISKUT ITAM MANIS


"kenapa mama buat sedap sgt..??? "
adehh tak mampu mama nk jwb sayang.. mmg sedap biskut ni.. smlm buat nmpak gaya mcm tk sempat raya ajer.. request suruh buat lg..

BISKUT ITAM MANIS

By ~ Aleen Aireish 
sumber ~ majalah saji

Bahan-bahan :
250gm mentega [1 ketul]
150gm gula halus
1 bj kuning telur
4 sudu makan coklat rice
4 sudu makan badam cincang

Bahan diayak sekali :
50gm tpg jagung
230gm tpg gandum
30gm serbuk koko

Untuk hiasan :
Cherry merah

Cara-cara :
- pukul mentega & gula halus sebati. [aleen guna senduk ajer]
- masukkan kuning telur, kacau rata
- masukkan bahan2 kering yg tlh diayak bersama & kacau rata lg
- kemudian campurkan coklat rice & badam cincang, gaul rata
- dah siap, ambil adunan agak2 sesudu makan tu, atur dlm loyang, letak cherry di tgh2
- bakar lbh kurang 15-20 minit suhu 150 atau hingga masak bergantung pd oven masing2



SELAMAT MENCUBA !!!


No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo