Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Sunday 17 February 2013

CUCUR TAUHU UDANG IKAN BILIS

Petang yang best, ceria cuma sedikit sejuk sebab hujan tadi.. tapi selesa sangat ...  Bila cuaca dah suram2 suam tu perut ni biasa lah bila terasa lapar.. apa lagi terpikir nak buat cekodok atau cucur nama dalam bahasa melayu nya .. yer kan !!!

Cucur ikan bilis, cucur bawang, cucur kucai taugeh.. macam2 cucur lagi lah semua dah cuba.. petang tadi aleen mencuba cucur campur dengan tauhu pulak ... tak disangkal lagi memang terangkat you !!!!
kebetulan adik beradik menelefon kata nak datang rumah.. apa lagi langkah kanan lah dorang..

Sekejap ajer cucur dalam pinggan lesap.. nampak gaya nya lepas ni boleh try lagi lah buat cucur ni permintaan menggalakkan dari famili hehehe

nyummm nyummm nyummmmm sedappppppp !!!! sekali rasa pasti nak buat lagi ..

Resipi nya ..


By ~ Aleen Aireish
sumber ~ chef hanieliza

edit by Aleen

Bahan-bahan :
3 keping tauhu [aleen ramas bagi hancur, suka hati nk potong kiub2 pun blh]
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kek
8 ekor udang [buang kulit potong kecil]
1 genggam ikan bilis [tumbuk hancur]
1 biji cili merah [buang biji, hiris halus]
1 biji cili hijau [buang biji, hiris halus]
1 labu bawang besar
daun bawang & daun sup [hiris halus]
garam secukup rasa
serbuk kunyit secukupnya
3 cawan air [aleen guna air panas & air paip, air ni agak2 yer.. jgn beku sgt jgn cair sgt bancuh nyer. nak guna air peti ais sepenuhnya pun boleh]
minyak secukupnya utk menggoreng

Cara-cara :
- sediakan semua bahan, satukan dalam bekas
- bancuh selang seli dgn air panas dan air paip, tujuan nya nk bg cucur tu rangup. nk guna air ais pun boleh.
- semua dh sebati sedia utk digoreng
- siap makan dengan cili sos














sedia untuk di makan .. famili aleen suka padankan dengan sos thai

SELAMAT MENCUBA !!!


2 comments:

  1. adda nampak cucur ni terliur la plk..best nya kalau dpt 2-3 ketul masuk mulut...

    ReplyDelete
  2. heheee.. dkt kompom aleen bg sepinggan

    ReplyDelete

hv fun with my cute photo