Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday, 13 May 2014

APAM PISANG GEBU


ADA LEBIHAN PISANG JANGAN BUANG.. JOM BUAT APAM  mudah sangat kacau2 lenyek2 ajer..





APAM PISANG GEBU

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ blog sinar kehidupanku

Bahan-bahan.

4 biji pisang montel(kalau pisang emas/kecil guna 8 biji)
4 biji telur
200 ml minyak masak
1/2 cwn gula pasir [blh campur dgn brown sugar]
2 cwn tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1 s/k esen pisang [optional]
2 sudu makan coklat rice [aleen tambah sendiri]
sedikit garam.

Cara-cara.

1. Lenyek pisang bersama garam dan gula.
2. Setelah itu masukkan pula telur yg dipukul sedikit.
3. Masukkan pula tepung yg di ayak bersama b.powder dan soda bikarbonat
4. Masukkan pula minyak sedikit-sedikit dan gaul sebati.
5. Sementara itu, panaskan pengukus dan balut kain penutupnya.
6. Sapu acuan kecil2 dngn sedikit minyak di sekelilingnya.
7. Masukkan 3/4 adunan tadi dan kukus selama 15 minit.
8. Kalau guna loyang besar,kukus selama 40 minit.

SELAMAT MENCUBA !!!
 

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo