Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Friday 9 November 2018

DONUT KAMPUNG LEMBUT SANGAT

Klo pau ada pau kampung
Nonat pun ada.. Nonat kampung
Sedap ya amat mkn masa suam2 tabur gula perghh ada gigitan rangup2 lembut tu yg best.. bila sejuk aduhh lembut sgt2.. NAK RESEPI TAK? Ramai nak hakaq share.. tk perlu nk guna sebarang agent penaik..
Image may contain: dessert and food

DONUT KAMPUNG LEMBUT SANGAT
==============================
By~ ALeen Aireish

Bahan- bahan :
1 bj kentang -
- rebus sampai empuk lps tu masa panas2 lenyek halus..ketepikan biarkan sejuk

Ibu doh utk pelembut donut
2 s/mkn tepung gandum
1 cwn air
- campur kedua bahan ni masak atas api hingga nampak likat, tutup api biarkan sejuk

Untuk Doh
1 cawan air suam
1 pkt mauripan
- rendam hingga mauripan naik berbuih penuh cawan

5 cawan tepung gandum
1 bj telur
2 s/mkn margerine
2 s/mkn gula
2-3 cubit garam
1 cawan air ais - guna agak2 je tak habis pun secawan

Caranya :
- dlm bekas selesa masukkan bahan doh KECUALI mauripan, gaul mesra dahulu (guna tangan)
- masukkan kentang lenyek gaul rata lg
- masukkan ibu doh pula, gaul lg
- masukkan bancuhan mauripan, gaul hingga merata, sesambil uli jd doh masukkan sikit air ais
- jika masa uli tu doh lembik tambah tepung sikit2 hingga tk melekat kt tgn, siap
- uli jd doh je tau tk payah nk kerah tenaga smpai nk jdkan doh lastik ke apa ke..
- rehatkan hingga naik kembang
- tumbuk keluarkan angin
- ambil doh agak2 50gm bulat2 kan aje susun atas dulang, tebuk tengah buat lubang
- rehatkan lg bg saiz bertukar giant😊
- panaskan minyak banyak dlm periuk
- goreng hingga kekuningan keemasan
- dah sejuk tabur gula..

Sukatan cawan, saya guna sukatan cawan metrik. Hangpa tak dak cwn ni pi beli bukan mahai pun.. tak sampai rm7


Image may contain: food and text

Image may contain: food


Image may contain: food and indoor


Image may contain: food

SELAMAT MENCUBA ..


1 comment:

hv fun with my cute photo