Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Friday 9 November 2018

PUCUK UBI MASAK LEMAK TEMPOYAK BERAPI

Tak menahan tgk ni..
Image may contain: food

PUCUK UBI MASAK LEMAK TEMPOYAK BERAPI
=======================================
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ sajian kasih


Bahan HIRIS KASAR
---------------------------
1 ikat pucuk ubi
10 helai daun pucuk kaduk
10 helai pucuk labu

Bahan HIRIS HALUS & TUMBUK LUMAT
------------------------------------------------------
3 batang serai
20 biji cili api - mmg berapi
1 1/2 inci kunyit hidup
1 genggam ikan bilis

Bahan LAIN
----------------
6 sudu besar tempoyak - letak lebih power
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 papan petai - tak buh petai takde
1 keping asam keping
garam & gula sesuaikan rasa

Cara sediakannya :
- Rebus sekejap pucuk ubi yang dah di hiris kasar tadi. Toskan.
- Di dalam lesung batu, tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan hirisan serai tumbuk kasar.
- Masukkan ke dalam periuk.
- Masukkan santan, tempoyak, asam keping, petai, pucuk ubi, pucuk kaduk, pucuk labu dan gaul atas api sederhana.
Masak hingga mendidih dan masukkan garam & gula sesuaikan rasa
Masak ikut kepekatan yang dikehendaki.
*kalau pucuk kaduk dengan pucuk labu takde, boleh jer masak pucuk ubi tu aje..jgn iku rules sgt.. sat gi takde pucuk2 tu mogok masak pulak..

*jgn terkejut resepi ni memang tak guna bawang pun .. kang ada makcik bawang tanya awok jawab dulu hahaha..
* NAK LAGI POWER KORANG LETAK PETAI .. perrghh


Image may contain: food

SELAMAT MENCUBA ..

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo