Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday, 23 July 2013

DONUT BALL / DONUT BOOM

RESEPI ...


by ~ ALeen Aireish
sumber ~ Norhayaty mutalib

Bahan A :
500gm tpg gandum
1 paket mauripan
1 sudu kfc garam halus
** satukan semua bahan dalam bekas.. gaul mesra, sekata

Bahan B :
4 biji kentang buang kulit, rebus hingga empuk, tos air, sejukkan
1/2 cawan susu pekat
1 cawan air
1 tbsp margerine
**satukan semua bahan blender hingga halus

Bahan tabur : gula kastor
Bahan sos : susu pekat manis [sira atas donut]

Cara-cara :
- campurkan bahan B dlm A, masukkan sikit2 sambil menguli.. buat smpai habis bahan B tu..
- uli adunan smpai tak melekat dijari, tu tanda nyer doh dh ok, klo melekat pandai2 lah tambah tpg sikit2 yer..
- perap 30 minit, akan naik berganda
- uli kecil ikut saiz donut yg dikehendaki.. aleen guna acu donat dan terapkan..
- dah terapkan..rehatkan pula dlm 10 minit, donut akan nmpak montok sedikit.. panas myk, goreng
- ketika menggoreng myk mesti byk supaya donut cantik terapung semasa digoreng.. api sederhana ok, rajin2 lah balik kan donut supaya masak sekata..
- sejukkan.. sira gula kastor atau mkn dengan susu pekat manis.. 



SEDIA DIHIDANGKAN ..

SELAMAT MENCUBA ..


No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo