Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday, 22 July 2014

BISKUT BIJAN


TENGOK BETUL2 BUKAN BUAH ROTAN YER .. ANTARA BISKUT YG SEDAP UTK HARI RAYA ..

BISKUT BIJAN

BY ~ Aleen Aireish 
sumber ~ K1 resipi citarasawan

Bahan A
250gm mentega
50gm shortening
150gm gula kaster
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B - Ayak
340gm tepung gandum
70gm tepung jagung
1/2 sudu kecil baking powder

Bahan C
60gm bijan putih di sangai
40gm cornflakes - kisar halus
40gm serbuk badam - di sangai

Hiasan : Campuran bijan hitam dan putih, putih telur

Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan C, gaul hingga menjadi doh lembut.
2. Ambil doh sebesar ibu jari, bulatkan, celup di dalam putih telur dan golek di atas campuran bijan.
3. Atur di atas dulang yang di gris, dan tekan ringan dengan spatula supaya leper.
4. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 140C selama 20-25 minit hingga masak.




SELAMAT MENCUBA !!!


BISKUT SWISS CHERRY


ATAS PERMINTAAN KAWAN2 NAK RESIPI BISKUT RAYA SIMPLE2.. 
BARU KELUAR OVEN MALAM TADI.. SIMPLE SANGAT ADUNANNYA .. TAK PERLU MIXER BAGAI HANYA GAUL2 DGN SENDUK AJER.. HASILNYA TAK MENGECEWAKAN .. apa lg cuba lah..

SWISS CHERRY

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ google edit by aleen

Bahan-bahan :
250gm buttercup [ 1 ketul ]
90gm gula halus
120gm tpg jagung
250gm tpg gandum [sangai dahulu & ayak]
1 sudu mkn susu tpg
1 sudu mkn coklat rice
1 sudu kecil esen vanila

hiasan :
Cherry

Cara-cara :
- buttercup & gula gaul sebati
- masukkan esen vanila, gaul lg
- masukkan tpg jagung & tpg gandum, gaul
- last masukkan susu tpg & coklat rice gaul rata sebati
- guna acu sprt dlm pic tu utk dptkan pusaran. letakkan cherry di tengah2 tekan sdkt supaya lps masak tak tertanggal cherry nya..
- bakar suhu 180 lbh kurang 10-15 minit

NOTE : bentuk cookies ikut u alls sendiri nk mcm mana yer.. 




SELAMAT MENCUBA !!!


BISKUT AISKRIM


BERBESAR HATI NAK KONGSI RESIPI BISKUT KESUKAAN ANAK2 NI WALAUPUN TEMAN BELUM BUAT LAGI UTK RAYA DTG NI.. wangi bau lemon.. last year dh buat

BISKUT AISKRIM LEMON

By ~ Aleen Aireish 

Bahan-bahan :

250 gm buttercup
120 gm gula aising
1 sudu makan pes lemon
300 gm tepung gandum
200 gm tepung kastad
100 gm tepung jagung
50 gm badam halus/serbuk badam
1/2 sudu teh serbuk penaik

Hiasan
Coklat masakan
manik

Putar butter dan gula ising hingga kembang. Masukkan semua bahan2 lain. Uli hingga sebati. Terap mengikut bentuk aiskrim. Bakar 150-160 selama 20 minit.
Biarkan sejuk dan celup coklat. Boleh dihias dengan manik.



SELAMAT MENCUBA !!!


SEMPERIT SUSU


SEMPERIT SENANG SANGAT.. hehehe

SEMPERIT SUSU

By ~ Aleen Aireish 
sumber ~ dari facebook [tk igt nama]

Bahan-bahan :
250gm buttercup
500gm tpg jagung
1/2 tin susu pekat manis

buah cherry merah secukupnya utk hiasan

Cara-cara :
- pukul butter dan susu [ jgn kembang sgt..]
- masukkan tpg jagung sikit2 hingga adunan senang dipicit dlm acuan semperit nnt.. jika adunan lembik tmbh skt2 lg tpg.. jika sudah ok jgn ditambah lg tpg
- terap adunan guna acu semperit kesukaan
- bakar 15 minit atau hingga masak suhu 160




SELAMAT MENCUBA !!!


MARUKU MELETOP

MARUKU PALING NGE"TOP" SATU TIKA DI FB.. HOT DIPASARAN .. NK GI KELAS RATUSAN RM BELAJAR NI AJER.. SO BLH TRY YG NI... RASA LBH KURANG SAMA.. sedappp.. ranguppp..

MARUKU MELETOPS

By ~ Aleen Aireish 
sumber ~ nisahdihati

Bahan-bahan :
300gm tepung pulut
200gm tepung kacang kuda/cheak peas
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar garam halus
1 sudu besar gula
60gm marjerin yang dicairkan dan masih panas
2 biji telur
1 sudu besar jintan manis**
1 sudu besar jintan putih**
1 sudu besar jemuju [optional] **
~> bertanda (**) disangai dahulu/digoreng tanpa minyak
segenggam udang kering dibersihkan dan kisar halus
250ml santan cair - air ni boleh letak sikit2 shingga doh menjadi lembut dan tak lekat ditangan..sukatan air ni sesuai

cara-cara :
1. kisar jintan manis, jintan putih dan udang kering hingga halus/hancur
2. satukan bahan-bahan kering .. gaul sebati .. masukkan marjerin cair dan telor n santan cair gaul lagi hingga jadi doh lembut doh ni tak lekat kat tangan ..
3. panaskan minyak masak..sebelum pusingkan adunan ramas2 dulu daun kari masuk dlm minyak panas tadi biar bau kari tu melekat pada maruku kita nanti..& pusing adunan dlm acuan maruku tu.. grg hingga kekuningan boleh angkat ..




SELAMAT MENCUBA !!!

BIKA HOMEMADE


NAMPAK AJER SENANG SANGAT TAPI SEKALI RASA NAK BERBALANG-BALANG.. HARI NI 2 BALANG BUAT DAH KHATAM .. SESUAI UTK HARI RAYA NI... 

BIKA HOMEMADE

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ reka sendiri 

Bahan-bahan :
kulit popia
serbuk kari daging atau ikan babas
serbuk secukup rasa
serbuk cili [optional]

[semua bahan serbuk di atas tak payah goreng2/ sangai2.. campurkan ajer.. testimoni 2 balang habis famili mkn tk cherry berry.. alhamdulillah ok.]
blh aje nk tmbah perasa etc jika ada idea.. utk rasa lg sedap & rasa yg seimbang

Cara-cara :
- kulit popia dipotong seperti size popedem empat segi panjang
- goreng dgn myk secukupnya hingga kekuningan rangup
- sejukkan sebentar, masukkan dlm bekas yg selesa, campurkan dgn serbuk kari & secukup rasa, gaul2kan atau goncang dlm bekas tu.. cadangan aleen lebihkan sdkt serbuk kari agar rasanya sedap..



SELAMAT MENCUBA !!!


KEPINGAN GORENG SAVOURY BILIS


MAI ADIK MAI KAKAK MAI MOKCIK CUBA BISKUT NI PLAK.. BAU MMG THE BEST.. RASA NYA LEPAS BERBUKA NANTI BARU TAU.. IN SHAA ALLAH KOMPOM SEDAP.. suka yg rangup2 kan..

KEPINGAN GORENG SAVOURY BILIS

BY~Aleen Aireish 
sumber ~ majalah saji

Bahan-bahan :
300gm tpg gandum
90gm myk masak
1 bj telur
100ml air
1 s/b serbuk cili
8 tangkai daun kari
garam secukup rasa
gula secukup rasa
myk utk menggoreng

Bahan Rempah Tumbuk Kasar :
50gm ikan bilis [goreng & tumbuk]
2 s/b jintan manis
1 s/b jintan putih
1 s/b ketumbar

Cara-cara :
- satukan tpg gandum,ikn bilis, rempah ditumbuk kasar, garam, gula dlm bekas yg selesa
- gaulkan adunan dgn myk masak
- masukkan air dan uli hingga jd doh, pastikan adunan rata & sebati
- rehatkan adunan lbh kurang 1/2jam - 1jam
- cubit2kan adunan sebesar ibu jari, gelek dgn penggelek , buat sampai habis
- panaskan myk dlm kuali, goreng dgn api sederhana hingga kuning keemasan, hampir2 nk masak masukkan daun kari
- toskan myk dan bolehlah makan..



SELAMAT MENCUBA !!!


hv fun with my cute photo