Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Friday 9 November 2018

KUETEOW SUP PUTIH (KUETEOW TH'NG)


siapa suka kueteow ni kat R & R ada kan..


Image may contain: food


KUETEOW SUP PUTIH
==================
By ~ ALeen Aireish
sumber asal ~ chef hassan hen

Bahan untuk sup :
=============
Cara bersih ayam :
2 keping isi ayam [mana2 bahagian isi ayam]
~> cuci bersih
~> didih air
~> masukkan isi ayam dlm air mendidih hingga berubah putih,tak lama sekejap je, angkat, air rebus tu buang tak mau guna dah. Cara ni dinamakan cuci ayam.

2 jenis fish ball [putih & coklat]
2 ketul sengkuang [dipotong dr sebiji sengkuang]
1 s/b Chicken stok maggi
1 s/mkn minyak wangi/myk bawang putih [ambil bawang nya aje]
1 kiub ayam maggi
3 ketul kecil gula batu
1 s/k lada putih
garam utk sesuaikan rasa [jika perlu]
daun bawang

Caranya :
~> dlm periuk didih air, masukkan sengkuang, ayam & myk wangi, biarkan mendidih hingga ayam betul masak.
~> angkat isi ayam yg dh masak tu, nnt nak hiris nipis
~> masukkan kiub ayam, gula batu
~> masukkan chicken stok, lada putih
~> sesuaikan rasa, boleh tambah garam
~> masukkan fish ball, biarkan fish ball tu berenang-renang sekejap dlm sup tu sambil api biasa2 je.. lps tu ok, tutup api..siap

Cara sediakan KUETEOW :
=====================
1 paket kueteow
air panas
~> letak kueteow dlm mangkuk, siram air panas,
~> biarkan sekejap buang minyak, kemudian tapiskan..

Bahan untuk cili kicap :
=================
cili api
kicap cair
perahan limau nipis/limau kasturi

Caranya :
~> potong cili
~> perah limau
~> tuang kicap

Cara hidang :
~> letak kueteow dlm mangkuk
~> hiris nipis isi ayam
~> letak fish ball
~> ambil tapis, tapiskan sup supaya lebihan bawang putih goreng tu terasing, pada yg tak nak tapis, boleh je tuang terus sup dlm mangkuk tu..
~> tabur daun bawang
~> letak sesudu myk wangi bersama sdkt bawangnya
~> letak cili api.. perghhh berpeluh mkn panas2.. tang cili tu yg umphhh.. tak dak cili blh nangis bucu katil😂

NI RESEPI MINYAK WANGI/MINYAK BAWANG PUTIH :
https://www.facebook.com/aleen.aireish/posts/10213507255649381

Image may contain: food


Image may contain: food

selamat mencuba ..

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo