Menu malam ni masak kari, tak mau masak kari macam biasa masak tu nak lain sikit... yg biasa masak tu rasa dah boring nak makan.. apa kata try masak kari style mamak plak ada masam2 sikit tapi best ..
jom ke dapur ..
By ~ Aleen Aireish
KARI IKAN TONGKOL STYLE MAMAK
Ikan tongkol
1 biji bawang besar dihiris nipis
3 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 sudu besar pes halia + bawang putih ( blender halia n bawang putih )
2 biji bawang besar blender dgn 2 cawan air
2 paket kecil serbuk kari ikan babas [bancuh dgn air]
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk cili ( aleen guna cili kering blender )
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji tomato potong 4
6 biji bendi
2 ulas bawang putih dititik
Air asam jawa secukup rasa
Air paip secukupnya (agak sendiri nak kuah byk mana)
Garam secukup rasa
myk masak utk menumis
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis halba campur sampai wangi ( hati2 jgn sampai hangit, api kecil ), kemudian masukkan bawang besar yg dihiris n daun kari kacau sehingga bawang agak kuning, Pastu masukkan pes halia + bawang putih n kacau seketika hingga wangi n masukkan pule bawang yg telah diblend td, masak sampai mengeluarkan bau yg harum masukkan serbuk kari yg siap dibancuh dgn air, jintan manis, jintan putih n serbuk cili serta kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga masak sampai pecah myk. kecil kan api n masukkan ikan n air asam jawa, air paip secukupnya kacau pelahan supaya ikan tak hancur.. seimbangkan rasa ngan garam aleen add gula sikit..Biler dah mendidih n cukup rasa masukkan tomato n bendi n bawang putih titik.Tutup api biler sayur dah agak layu siap tuk dihidangkan...
SELAMAT MENCUBA!!!
Sepatah dua kata ..
DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~
Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment