Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday 23 July 2012

LOMPAT TIKAM PELANGI

TERCETUS NYA IDEA NI... by aleen


Bahan-bahan :
by-aleen aireish

Bahan A [lapisan berwarna]
1 1/2 cawan tepung beras
1 1/2 sudu mkn tepung jagung
4 cawan santan cair
1 sudu teh air kapur
sedikit garam

pewarna : pepel, kuning, bright red, hijau

Bahan B [lapisan atas Putih]
1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
1 cawan santan pekat
1/2 sudu makan garam [rasa byk mana masin]

Bahan C [gula merah]
1 cawan gula merah [cap bintang]
1/2 cawan gula pasir [aleen x letak..agak2 manis sendiri]
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara :
- panaskan kukusan..
- loyang disapukan dgn sedikit myk masak, ketepikan dahulu

Bahagian berwarna :
- campurkan semua bahan A & tapisakan
- masakkan adunan di atas api seketika, tuangkan ke dlm loyang layer by layer mengikut warna kesukaan..
jika pepel..masukkan pepel dahulu, masuk kukus..biar masak 15 minit.. dh siap masak lukakan permukaan dgn garfu, kemudian tuang warna lain pula..begitulah seterusnya..

Bahagian atas putih :
- campur semua bahan, sebatikan & masakkan hingga pekat, kemudian tuangkan atas layer yg last tu.. kukus 20 minit atau hingga masak.

Bahagian sirap-gula merah :
- campurkan semua bahan dlm periuk masak atas api hingga gula merah larut
- tapiskan , ketepikan & biarkan dulu gula merah tu sejuk..



loyang siap disapu minyak masak, aleen guna loyang 6 inci


tepung beras & jagung


sukatan 1 cawan tepung beras


semua tepung diayak

santan cair, aleen guna santan kotak

masak atas api sebentar, selalu kacau supaya jgn berketul-ketul

selepas dimasak


senduk kecil ni aleen guna utk sukatan adunan tepung dlm kuali tu sebelum letak warna, aleen scoop 8 senduk, tujuan nya supaya layer by layer tu sama besar


1st layer warna pepel, kukus 15 minit..


lps 15 minit masak, luka kan permukaan kuih tu dgn garfu, tujuan nya supaya 2nd layer melekat cantik tak tertanggal nnt..


2nd layer, warna kuning kukus 15minit.. ikut step yg sama sprt 1st layer tu..


3rd layer bright red, folloe step yg sama..


 4th layer, kukus jgn masak sngt.. agak2 sepatuh masak gitu..utk letak layer yg last, iaitu Bahan B, lapisan atas putih

BAHAN B : LAPISAN ATAS PUTIH


semua bahan disatukan.. 


masak atas api sebentar, kacau selalu supaya ta bergentel..berketul.. kacau smpai pekat..


last sekali, tuang atas layer kaler hijau tadi.. kukus 20 minit atau hingga masak..

BAHAGIAN C : GULA MERAH


setelah semu bahan disatukan..gula dimasak hingga larut, tapiskan..





aleen nak citer sikit, mesti hairan kan kenapa putih atas tu dipotong2 kiub, lapisan atas tu tertanggal sbb layer yg last tu terlebih masak.. lps tu pula lupa nk guna garfu luka2 kan permukaan kuih tu.. terus tuang aje.. so dpt lah hasil nyer mcm ni... hehehee.. janji sedap..

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo