Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday, 15 September 2011

INFO > Punca Kek Tak Jadi..Kenapa yer!!

Info ni daleen sharing dr satu laman..bagus utk tips ketika kita memasak kek..Terima Kasih kepada Tuan yg punya info ni.

Kek Mentega [butter cake] : ~
kek tenggelam dan bantat di bahagian tengah selepas keluar dr oven
Puncanya : Kek belum masak betul

Ketika Membakar Bahagian Tengah Tenggelam : ~
Puncanya : Adunan kek dipaksa untuk naik dgn cepat akibat suhu oven terlalu panas akan menghasilkan kek yang tenggelam di bahagian tengah.

Kerak Yang Bergula Pada Keliling Kek : ~
Puncanya : Mentega dan gula tidak dipukul elok.

Terdapat Tompok-tompok Putih Pada Permukaan Kek : ~
Puncanya : Gula yg tidak larut atau tidak dipukul secukupnya. Seeloknya utk resepi kek mentega yg ringan, gunalah gula "caster" agar mudah larut dan cepat sebati dgn mentega.

Kek Tenggelam Terus / Bantat : ~
Puncanya : Suhu oven terlalu panas, kek terlalu lama dibakar dan cara memukul/mixer bahan x kembang.

Kek Berderai Bila Dipotong : ~
Puncanya : Mentega dan gula dipukul keterlaluan atau telur dimasukkan terlalu cepat di mana adunan mentega dan gula belum sebati.

Kek Melekat Pada Loyang Pembakar : ~
Puncanya : Terlalu byk gula atau bahan manisan yg lain dlm resepi. Jika resepi menggunakan madu atau sirap kencana [golden syrup] atau guna loyang pembakar yg baru, sebaiknya sapu dasar dan keliling loyang pembakar dgn mentega atau guna alas kertas putih.

Kek Naik Lepas tu Retak Di Tengah : ~
Puncanya : Loyang pembakar terlalu kecik atau suhu oven terlalu panas.

Keliling Kek Keras : ~
Puncanya : Adunan dipukul terlalu lama apabila dimasukkan tepung ke dalam adunan mentega. Sebenarnya kaup dan balikkan tepung hingga sebati shj. Memukul terlalau lama akan menarik struktur gulten pd tepinya dan menyebabkan ia keras.

Kek yg Telah Dibakar Berlubang : ~
Puncanya : Adunan mentega dan gula tidak dipukul hingga kembang atau suhu terlalu panas.

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo