Tuesday 19 January 2016

KEREPEK BAYAM RANGUP

sekali makan dua kali makan tiga kali makan tak cukup.. sedap sangat.. rangup kruppp kruppp..


By ~ Aleen Aireish

Bahan-bahan :
Daun bayam secukupnya [cuci bersih]
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung serbaguna hot/spicy
1 s/mkn jintan manis **
1 s/mkn jintan putih **
2 s/mkn ketumbar **
[bahan bertanda ** ditumbuk sekali]
2 helai daun limau purut [diracik/hiris halus]
1 s/mkn gula atau secukup rasa
Air secukupnya + -

Cara-cara :
- tepung beras + tepung goreng serbaguna + gula = gaul rata
- masukkan bahan-bahan yang ditumbuk halus tadi + daun limau purut ke dalam bekas tepung
- bancuh dengan air jangan cair sangat
- panaskan minyak dalam kuali, ambil sehelai-sehelai daun bayam celup dalam bancuhan tepung, goreng hingga kekuningan/coklat keemasan..

NOTE : nak guna sepenuhnya tepung beras  boleh aje, tambahlah dengan ikan bilis/udang kering yg ditumbuk halus, sila tambah garam, jika guna tepung goreng serbaguna brand BESTARI tak perlu tambah garam lagi memang dah secukup rasa..










SELAMAT MENCUBA ....


No comments:

Post a Comment