Monday, 28 April 2014

ROTI GORENG BERINTI


ROTI GORENG BERINTI
ANAK-ANAK SUKA SANGAT


ROTI GORENG BERINTI

By ~ Aleen Aireish 

Bahan-bahan inti :
3 bj potato size besar
**buang kulit, bersihkan potong dadu kecil2

3 bj telur
**cuci telur, pecahkan dlm kuali masak hancur, angkat ketepikan dulu

1 labu bawang besar kuning - ptg dadu kecil
sedikit daun bwg & daun sup - diracik halus
1 sudu besar cili blender - nk pedas lbhkan..
2 sudu besar serbuk kari daging babas
1 sudu besar ikan bilis - ditumbuk hancur
garam & gula secukup rasa

cara-cara:
- panaskan kuali dgn sdkt myk, masukkan potato, bwg besar & cili blender serta ikan bilis tumbuk, kacau rata, masak hingga kentang agak lembut
- masukkan sdkt air & serbuk kari, kacau rata
- kemudian masukkan daun sup daun bwg serta telur hancur, kemudian garam & gula, rasa secukup rasa. Dah masak tutup api biarkan inti tu sejuk dulu..

1 Bundle besar roti gardenia
penggelek atau gelas bersih
gunting bersih
** gelekkan roti sekeping2, gunting bahagian tepi yg keras tu, letakkan inti tp pastikan semasa nk tekan2 dgn jari dibahagian tepi tu kedudukan/posisi roti tu 3 segi.. siap

Bread crumbs warna oren secukupnya
telur secukupnya
** roti yg dh siap td, basahkan dgn telur yg dh dikocok terlebih dahulu, lps tu guling2kan dlm bread crumbs, siap sedia utk dogoreng. klo nk buat stok frozenkan ajer.. masukkan dlm beks bertutup atau packing dlm palstik lps tu sealkan.

SELAMAT MENCUBA!!!

1 comment: