Monday, 28 April 2014

SAMOSA HOMEMADE


SAMOSA HOMEMADE


SAMOSA DENGAN INTI YANG SEDAP

By ~ Aleen Aireish
sumber utk inti ~> home sweet home blogspot

Bahan-bahan: untuk inti

450gm daging cincang (minced beef) - boleh digantikan dengan ayam atau lamb cincang
2 biji ubi kentang saiz besar - dikupas kulit
1 cawan kacang peas
2 camb minyak untuk menumis
1/2 camt jintan putih
1 helai bay leaf - crushed [daun salam]
2 labu bawang besar - dipotong dadu atau dicincang
4 ulas bawang putih - crushed
1 camb chopped/minced ginger - ditumbuk sehingga halus
1/2 camt serbuk lada hitam
1 1/2 camt garam atau secukup rasa
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk ketumbar
1 camt serbuk kunyit
1 camt serbuk cili
1/2 camt serbuk kulit kayu manis
1/2 camt serbuk buah pelaga
2 camb daun ketumbar yang telah dihiris halus
2 camb lada hijau yang telah dicincang halus

Bahan utk kulit samosa :
kulit popia secukupnya
gam [tpg gandum + air]

Cara-cara:
jerangkan air di dalam periuk dan taburkan sedikit garam
biarkan sehingga mendidih
kemudian masukkan ubi kentang dan kacang peas
rebus sehingga kedua2nya lembut
setelah itu toskan dan lecekkan kedua2nya sehingga hancur. ketepikan
panaskan minyak di dalam kuali
tumiskan bay leaf dan jintan putih sehingga keperangan
kemudian masukkan bawang besar dan daging cincang
gaulkan rata sehingga daging bertukar warna lebih kurang 5 min
masukkan pula bawang putih, halia dan gaulkan rata
setelah itu masukkan serbuk lada hitam, garam secukup rasa, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk buah pelaga dan serbuk kulit kayu manis
gaulkan semua bahan sehingga sebati
masukkan pula ubi kentang dan kacang peas yang telah dilecekkan tadi
gaulkan rata
akhir sekali taburkan daun ketumbar dan cili hijau
gaulkan sebati dan angkat letakkan ke dalam mangkuk
biarkan sejuk

PROSES UTK BALUT SAMOSA :
semasa tarik kulit popia pastikan ditarik 2 helai, gunting, jd dpt 2 bahagian. nk senang lg sehelai kulit popia dilipat 2. lps tu dibentuk sprt kon dn sapu sdkt gam [tpg gandum yg dh dibancuh dgn air dijdkan sbg gam] di lipatan akhir sapu gam supaya kon tk blh terbuka. masukkan inti, kemudian lipat part yg last sapu gam pastikan ditutup rapat & kemas supaya inti tk terkeluar semasa menggoreng nnt. ulang step sampai inti habis..

SELAMAT MENCUBA!!!
 

No comments:

Post a Comment