Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday, 25 March 2013

IBU ROTI BUAT SENDIRI GUNA TEPUNG ROTI


Ibu Roti dikenali juga sebagai Water Roux. digunakan dalam baking doh roti . Water Roux ini digunakan juga sebagai starter atau agen penaik dan pelembut yang dicampur bersama bahan asas roti. Kaedah ini menjadikan bun dan roti lebih anjal dan gebu.

Percubaan kali ke-2 Aleen buat WR ni.. jika kawan2 perasan dlm blog aleen ni ada lg satu  posted Water Roux.  Kalau tak silap Aleen tahun lepas punya post yg tu bahan asas yg digunakan tepung gandum bukan tepung roti seperti resipi ni.. hasil nya sama saje .. so bila2 jumpa resipi guna ibu roti a.k.a water roux ni boleh lah buat sendiri yer .. mudah sgt .. tgk step by step gambar di bawah yer ..


BY ~ ALEEN AIREISH
SUMBER ~ CITARASAWAN

IBU ROTI [WATER ROUX]
BAHAN-BAHAN :
250ml air
50gm tepung roti
**menghasilkan 120gm

Cara-cara :
- satukan semua bahan dlm periuk dan kacau rata
- masak atas api sederhana
- kacau selalu dgn hand whisk supaya x hangus
- teruskan mengacau hingga buih2 kecil terbentuk dipermukaan hilang.
- apabila dikacau dgn hand whisk terbantuk jaluran pd adunan tutup api dan angkat.

TUTORIAL :



tepung roti


air biasa


kedua-dua bahan dicampurkan dalam periuk


kacau guna hand whisk yer ..


masak guna api perlahan, siap sudah ..

TIPS
- masukkan adunan adunan yg panas ke dlm mangkuk dn bungkus dgn plastik wrap utk mengelakkan dr permukaan mengeras
- biar sejuk dulu baru blh campurkan dlm adunan asas roti
-  utk simpan lebihannya masukkan dlm mangkuk dan guna plastik wrap simpan dlm peti sejuk
- apabila nk guna ibu roti ni biarkan pd suhu bilik dahulu, jangka hayat nya  3 hari, jika tukar warna kelabu ibu roti tk blh digunakan lg..

SELAMAT MENCUBA !!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo