Wednesday 30 March 2016

AYAM GORENG BEREMPAH VERSI MAMA ALEEN

Makan ayam goreng berempah suka yg sisa2 goreng serdak tu.. mcm keropok plak.. ratah je lah nak oii .. licor hehehe



AYAM GORENG BEREMPAH SPICY VERSI MAMA ALEEN

By ~ ALeen Aireish
1/2 ekor ayam
~> potong sederhana kecil atau ikut kesukaan
~> gaul dgn kunyit + garam, ketepikan

Bahan kisar :
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci hali
3 btg serai
1 s/mkn ketumbar [sangai dahulu]
1 s/mkn jintan manis [sangai dahulu]
gula secukupnya
~>> kisar kan jd pes

Bahan lain :
1 s/b rempah kari babas
1 s/b serbuk cili babas
2 s/b tepung gandum
3 s/b tepung beras
1 biji telur [dikocok]
2 tangkai daun kari

Dalam bekas ayam masukkan bahan kisar bersama dgn bahan2 lain.. 1 tangkai daun kari diracik halus campurkan sekali. gaul sebati, sekata..
panaskan minyak yg banyak.. goreng ayam, pastikan ayam tenggelam dlm minyak semasa proses menggoreng ok.. goreng hingga ayam masak rangup bersama serdak2 tu.. akhir sekali goreng 1 tangkai lg daun kari kelihatan tukar warna agak krispy angkat tabur/campur bersama ayam siap goreng td.. siap













SELAMAT MENCUBA..

No comments:

Post a Comment