Wednesday 15 April 2015

PAU KAMPUNG





PAU KAMPUNG
By ~ Aleen Aireish

Bahan A
11gm yis [mauripan]
2 sudu besar gula
1 1/2 cawan air suam2 kuku [+ - 200ml air]
**satukan semua bahan di atas, kacau sebati dan biarkan berbuih

Bahan B :
500gm tepung gandum
90gm shorterning
3 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 sudu teh baking powder
3 sudu besar minyak jagung
** campurkan semua bahan di atas ni di dalam mangkuk pengadun KECUALI myk jagung, gaul rata sekata

~>> sediakan beberapa helai baking paper atau daun pisang dipotong 4 segi kecil agak2 sendiri saiznye ok utk lapik pau

~>> filling/inti kesukaan

Cara-cara :
- ambil bahan A masukkan sikit2 ke dalam bahan B, masukkan juga myk jagung, sambil itu uli tepung hingga dpt doh yg licin lebih kurang 10-15 minit.
- perap lebih kurang 1/2jam
- sebelum meneruskan step seterusnya didihkan air kukusan terlebih dahulu
-kemudian ulikan semula doh, timbang setiap doh 50gm, bulat2kan letakkan filling kesukaan, lapik pau dgn kertas, susun dlm kukus jarakkan.
- biarkan saiz pau naik berganda
- lps tu baru kukus 5-7 minit

**ULI TANGAN PUN BOLEH, SAMA SAHAJA STEPNYA.

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment