Tuesday, 1 October 2013

KUIH KETAYAP

KUIH KETAYAP
Boleh dikatakan kuih tradisi ni.. masa kecik2 mak slalu buat ..


By ~ ALeen Aireish
sumber ~ kakinakl's blog

Bahan inti

150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda {jika ada}
1/2 biji kelapa parut muda
Cara Memasak

1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.

Bahan Kulit [batter]

1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar [aleen guna susu segar]
1 biji telur
1 s/m myk masak
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam

Cara memasak :

1. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan [aleen blenderkan halus terus]
2. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
3. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
4. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
5. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
6. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
7. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA !!!

No comments:

Post a Comment