Saturday, 22 September 2012

RAINBOW VELVET CAKE

Rainbow Velvet Cake mcm best jew nama nyer kan!!.. tp jgn tak tau rasa nya juga cukup sedap.. setiap warna yg ada pd kek tu.. masing2 ada taste sendiri... nak tau cubalah.... kek ni aleen buat khas utk teacher BM along yg akan meninggalkan sekolah di mana dia mengajar sebab dia continue study...

resipi ni tersimpan beberapa minggu dah cuma nak try to do it masa tak mengizinkan.. alih2 along pula request kek.. apa lg ON aje lah.. ikut resipi asal dr kak che ct, Velvet kukus pelangi.. tp bila aleen dh buat..jd ubah sikitlah nama nyer... nama omputih.. jd lah nama mcm kat atas tu.. resipi nyer....


by~aleen aireish
sumber : DayangJack
sumber : Che CT

Bahan-bahan :
5 biji telur A - dari peti ais
250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak sebanyak 3 kali)
150 ml susu cair
180g gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1/4 sudu kecil garam
125 ml minyak jagung

Perisa dan Pewarna :
Kuning / 1 sudu kecil jus lemon
pes pandan / pandan emulco
pewarna ungu / pes yam
pewarna pink / strawberry emulco
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Loyang 9" x 4.5" x 4.5" digriskan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan kertas serap minyak).
2. Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk kayu atau spatula.
3. Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya. 2 cawan dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan kacau rata.
4. Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit dan gunakan api perlahan sahaja
5. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. Dan akhir sekali tuang lapisan vanilla.
6. Yang akhir loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek. Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya - lebih kurang 1/2 jam 7. Bila sudah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
ALEEN UPLOAD PIC UTK REFERENCE
**PERHATIAN - UTK STEP CARA2 NI ALEEN TAK FOLLOW 100% SPRT DI RESIPI TU.. ALEEN BUAT STYLE ALEEN SENDIRI.. TAPI KALAU U ALL FOLLOW CARA2 DI ATAS TAK ADA MASALAH..IKUT MASING2 YER..


gula & telur aleen pukul hingga sebati..


lps tu aleen masukkan ovalette, pukul lagi..


masukkan susu pekat manis, pukul sebati lagi..


dapat hasil mcm ni..


aleen masukkan myk, guna spatula utk sebatikan..kaup balik aje..


dpt hasil mcm ni...


lps tu bahagikan kpd 6 bahagian.. setiap bekas tu berat adunan anggaran 150gm


letak warna & paste kesukaan, pastikan 2 bekas tu plain, warna asal utk base atas & bawah kek tu nnt..


sediakan loyang, aleen alas dgn baking paper..mudah tanggal nnt tak melekat..


masukkan warna putih dulu, base utk bawah kek


kukus 7-10 minit, keluarkan dr kukusan..


masukkan warna warni td satu persatu.. hingga habis.. ikutlah kreativiti masing2 nk melapis mcm mana yer..


kukus hingga adunan tak cair atau masak 20 minit mcm tu.. kemudian keluarkan dr kukusan..

masukkan warna putih utk base atas kek tu pula.. kira yg ni part paling last..


tp step yg ni jgn lupa yer..kena tutup dgn aluminium foil yer.. supaya permukaan kek tu x mcm kulit org tua heheee.. ooppssss


ni lah dia nyer kek dah masak...




dah potong2 dpt la mcm pic kat atas & bawah ni.. cuba tgk kek tu.. base kek putih atas & bawah tu nampak cantik tak!!!


SELAMAT MENCUBA!!!


No comments:

Post a Comment