Monday, 23 July 2012

SAMBAL TEMPOYAK UDANG PETAI

Mencuba resepi baru. sebelum ni tak pernah buat lagi.. sebabkan ada nyer tempoyak mesti buat.. boleh tahan sedap nyer...

Ni menu berbuka puasa hari kedua, best dapat makan..  resepi simple sgt, jgn risau.. sambil berpesbuk pn blh masak hahaa..



Bahan-bahan :
sumber~chef hanieliza
by~aleen aireish

500gm udang [aleen beli 20 ekor]- dibuang kulit
2 papan petai [ aleen beli sepeket yg dh siap kopek tu..]
1 helai daun kunyit [nk letak blh tak letak pn boleh] - dikoyak
3 sudu makan tempoyak
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
myk sedikit utk menumis

Bahan kisar :
5 biji cili merah
7 biji cili api
5 biji bawang merah

cara-cara :
- masukkan bahan yg dikisar, tempoyak dan daun kunyit ke dlm periuk atau kuali atau bekas yg sesuai utk memasak..
- tumis cili hingga garing
- masukkan udang, petai gula & garam. gaul mesra hingga rasa sedap kat lidah ok..
- tunggu sehingga sedikit pekat.. boleh lah hidangkan...

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.


cili merah setelah diblender


cili api setelah diblender


tempoyak dicampur dgn sedikit air


 udang segar, petai & daun kunyit

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment