Friday, 18 September 2015

PETAI JERUK


Siapa tak suka ni... rugi besar nama nya haha.. dibuat jeruk lagi sedap boleh disimpan lama ..




Makanan org kampung.. siapa duduk kampung pernah makan ni kan...


PETAI JERUK CekYah
By ~ Aleen Aireish

Petai
Garam
Air

Cara pembuatan jeruk petai :
- rebus petai separuh masak boleh, masak sepenuhnya pun boleh. Asingkan biji petai dr kulit.
- bersihkan biji petai buang kotoran toskan air, selepas itu masukkan dlm bekas lain, gaul dgn garam halus secukupnya [klo blh lebihkan sedikit garam supaya petai tdk cepat rosak]
- masukkan petai dalam balang yg sesuai, isikan air masak secukupnya tambahkan 1 sudu garam kasar. Tutup rapat, dalam 2 hari buka tutup balang kacau rata, tutup kemas semula.. hari ke-3 bolehlah dimakan..


CARA HIDANGAN YANG MENYELERAKAN :

~> jeruk petai + apa2 sambal pun boleh [sambal belacan / tempoyak]

~> Jeruk petai + cili potong + isi ikan bakar + sdkt belacan, campur aje


TIPS :

~> utk tahan lama boleh tukarkan air sebulan sekali jika petainya banyak. Utk menukar air buat sprt step no. 8 & 9 tak perlu tambah garam lagi.

~> simpan dalam peti sejuk supaya kualiti tak terjejas. Jika kena cara buatannya, blh tahan berbulan-bulan malah bertahun..


SELAMAT MENCUBA ...

No comments:

Post a Comment