Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Wednesday, 20 January 2016

ORIGINAL KEK PISANG MOIST

Kek Pisang pasti ramai penggemarnya.. sangat sedap.. pasti merasai kelembapan kek ni.. kek pisang ni walaupun dibakar moist tetap tak lari.. suka sangat.. rugi tak cuba..





ORIGINAL KEK PISANG MOIST
By ~ Aleen Aireish

Bahan2

4-5 biji pisang emas [ lecek halus ] lbh kurang 1 cawan
1 cawan gula kaster
1 cawan minyak jagung [ blh juga guna myk masak]
4 biji telur gred A

Bahan2 ayak:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
~>> ayak sekali, ketepikan

Bahan2 lain:
1sk esen vanila
1 biji pisang di slice sekeping2

Cara cara:
- panaskan oven
- sapu mentega pada loyang lapik dasar loyang dgn baking paper, Ketepikan.
- putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 5min atau hingga putih dan berbuih.
- masukkan pisang dan kacau rata.
- masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit kacau sebati dengan menggunakan spatula.
- masukkan esen vanila, gaul sebati
- tuang dalam loyang, susun pisang di slice sekeping2 dan bakar suhu 170C selama 60 minit atau sehingga masak.



















SELAMAT MENCUBA...





APAM NASI / BERAS SESEDAP RASA



Ramai yang menggemari ni kan.. dihidangkan sama ada semasa sarapan mahu pun minum petang.. sedapnya..






APAM NASI / BERAS SESEDAP RASA

By ~ ALeen Aireish
sumber ~ yatiememories

Bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam [kukus sebentar]

Cara-cara :
Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan adunan kisar tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Didihkan air kukusan dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.































SELAMAT MENCUBA...





Tuesday, 19 January 2016

KEREPEK BAYAM RANGUP

sekali makan dua kali makan tiga kali makan tak cukup.. sedap sangat.. rangup kruppp kruppp..


By ~ Aleen Aireish

Bahan-bahan :
Daun bayam secukupnya [cuci bersih]
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung serbaguna hot/spicy
1 s/mkn jintan manis **
1 s/mkn jintan putih **
2 s/mkn ketumbar **
[bahan bertanda ** ditumbuk sekali]
2 helai daun limau purut [diracik/hiris halus]
1 s/mkn gula atau secukup rasa
Air secukupnya + -

Cara-cara :
- tepung beras + tepung goreng serbaguna + gula = gaul rata
- masukkan bahan-bahan yang ditumbuk halus tadi + daun limau purut ke dalam bekas tepung
- bancuh dengan air jangan cair sangat
- panaskan minyak dalam kuali, ambil sehelai-sehelai daun bayam celup dalam bancuhan tepung, goreng hingga kekuningan/coklat keemasan..

NOTE : nak guna sepenuhnya tepung beras  boleh aje, tambahlah dengan ikan bilis/udang kering yg ditumbuk halus, sila tambah garam, jika guna tepung goreng serbaguna brand BESTARI tak perlu tambah garam lagi memang dah secukup rasa..










SELAMAT MENCUBA ....


LASAGNA ROTI BAKAR VERSI ALEEN

tak rugi buat.. memang terangkat sedap...



LASAGNA ROTI BAKAR VERSI ALEEN
By ~ Aleen Aireish
Bahan-bahan :

12 keping roti gardenia
4-5 bj telur
1 tin susu cair
cheese mozarella / cheddar cheese keping secukupnya
2 paket kecil rempah kari babas pedas [dibancuh dgn sdkt air]
6 keping daging burger [cincang halus]
4 bj kentang [potong dadu]
1 bj bawang kuning holland [potong dadu]
2 ulas bawang putih [tumbuk halus]
1 inci halia [tumbuk hancur]
2 bj cabai merah + 2 bj cabai hijau besar [potong dadu]
daun bawang + daun sup secukupnya
garam / gula / minyak

Cara buat inti :
panaskan sdkt myk, tumis sebentar bawang holland + bawang putih + halia, kemudian masukkan kari, gaul rata.. masukkan kentang, biarkan sebentar

dah naik bau masukkan daging + garam + gula secukup rasa, masak hingga kentang empuk, tutup api masukkan cabai merah, hijau & daun bawang,sup gaulkan rata.. angkat.. ketepikan..sejukkan..

Cara susun roti :
- saya guna loyang bulat saiz 10inci, sapukan sdkt butter/margerine

1) roti dibasahkan dgn susu cair susun dlm loyang
2) letak inti ratakan
3) tuang 1 bj telur yg tlh dikocok trlebih dahulu, ratakan
4) taburkan mozarella cheese
5) ULANG STEP YANG SAMA DARI NO.1 BUAT SAMPAI HABIS

Cara bakar :
- dah habis buat semua, bakar 30 minit suhu 190 bergantung oven masing2 yer..
- dah masak keluarkan lasagna roti dr oven, kocok 1 atau 2 bj telur tuang atasnya dan taburkan cheese sebanyak mana kita nak, tutup permukaan loyang dgn aluminum foil, masuk semula dlm oven, masa kurang lebih 10 minit. siap..
- sejukkan sebelum potong.. dihidang bersama dgn sos cili + mayonis.. tersangat lah sedapnya..





























SELAMAT MENCUBA....

TIPS CAMPURAN WARNA UNTUK HASILKAN WARNA KESUKAAN



Jangan panik jika emergency nak gunakan warna yang diingini.. mungkin dapat membantu..



Red + Yellow = Orange

Yellow + Blue = Green

Blue + Red = Violet

Red + Orange = Red Orange

Yellow + Green = Leof

Blue + Violet = Ultra

Red + Violet = Red Violet

Yellow + Orange = Deep Yellow

Blue + Green = Blue Green

HAVE A NICE DAY...


D I Y BURGER RING BUAT SENDIRI


Burger warna hijau untuk hidangan.. buat sendiri ajer..



Jangan susah hati jika tiada burger ring boleh ajer buat sendiri di rumah .. cuba lah..

Perlu ada :
~> Manila Kad
~> Aluminium Foil
~> Gunting
~> Stapler
~> Pensel
~> Pembaris

STEP BY STEP :


barang yang diperlukan


manila kad diukur size 1 inci lebar, diameter 4 inci, guntingkan seperti di gambar


guna aluminium foil balutkan manila kad tadi


buat bentuk bulat kemudian stapler kan


siap burger ring 


boleh dapat banyak

SELAMAT MENCUBA...



hv fun with my cute photo