Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday, 25 March 2013

IBU ROTI BUAT SENDIRI GUNA TEPUNG ROTI


Ibu Roti dikenali juga sebagai Water Roux. digunakan dalam baking doh roti . Water Roux ini digunakan juga sebagai starter atau agen penaik dan pelembut yang dicampur bersama bahan asas roti. Kaedah ini menjadikan bun dan roti lebih anjal dan gebu.

Percubaan kali ke-2 Aleen buat WR ni.. jika kawan2 perasan dlm blog aleen ni ada lg satu  posted Water Roux.  Kalau tak silap Aleen tahun lepas punya post yg tu bahan asas yg digunakan tepung gandum bukan tepung roti seperti resipi ni.. hasil nya sama saje .. so bila2 jumpa resipi guna ibu roti a.k.a water roux ni boleh lah buat sendiri yer .. mudah sgt .. tgk step by step gambar di bawah yer ..


BY ~ ALEEN AIREISH
SUMBER ~ CITARASAWAN

IBU ROTI [WATER ROUX]
BAHAN-BAHAN :
250ml air
50gm tepung roti
**menghasilkan 120gm

Cara-cara :
- satukan semua bahan dlm periuk dan kacau rata
- masak atas api sederhana
- kacau selalu dgn hand whisk supaya x hangus
- teruskan mengacau hingga buih2 kecil terbentuk dipermukaan hilang.
- apabila dikacau dgn hand whisk terbantuk jaluran pd adunan tutup api dan angkat.

TUTORIAL :



tepung roti


air biasa


kedua-dua bahan dicampurkan dalam periuk


kacau guna hand whisk yer ..


masak guna api perlahan, siap sudah ..

TIPS
- masukkan adunan adunan yg panas ke dlm mangkuk dn bungkus dgn plastik wrap utk mengelakkan dr permukaan mengeras
- biar sejuk dulu baru blh campurkan dlm adunan asas roti
-  utk simpan lebihannya masukkan dlm mangkuk dan guna plastik wrap simpan dlm peti sejuk
- apabila nk guna ibu roti ni biarkan pd suhu bilik dahulu, jangka hayat nya  3 hari, jika tukar warna kelabu ibu roti tk blh digunakan lg..

SELAMAT MENCUBA !!!

BAWANG GORENG BUAT SENDIRI

Sebut je bawang goreng mmmm sedap nya letak dalam sup atau what ever makanan lah kan janji Halal utk kita sebagai org Islam.

Di rumah Aleen ni memang tak ada stok simpan bawang goreng pun bila nak guna mula lah terkocoh-kocoh nak goreng.. tp kalau berniaga ke mungkin kena buat stok awal kurang-kurang sebalang dua kot .. penyakit malas datang beli aje ..hehehe mudah kan ..

simple aje penyediaan nya ..


By ~ Aleen Aireish

BAHAN-BAHAN :
BAWANG SUKA HATI NAK BANYAK MANA
TEPUNG JAGUNG
GARAM HALUS SIKIT

CARA-CARA :
- BAWANG DIMAYANG HALUS
- TABURKAN GARAM HALUS & TEPUNG JAGUNG SECUKUPNYA, PALING SENANG GUNA TUPPAWARE BERTUTUP GONCANG DLM TU TUJUAN NYA BAGI TEPUNG JAGUNG SEKATA
- MINYAK BETUL2 PANAS GORENG HINGGA RANGUP ..



sumber ~ dapur ibundo
TIPS > Bawang merah dihiris nipis. Letak bawang yang sudah dihiris di dalam dulang dan biarkan selama 30 minit supaya air bawang keluar dan kering. Air bawang inilah yang menyebabkan bawang goreng menjadi tidak garing.

SELAMAT MENCUBA..!!


Saturday, 23 March 2013

APAM POLKADOT RESIPI BARU

As-salam semua hari ni update blog entry terbaru.. resipi baru Apam polkadot. Resipi nya Aleen sharing dari teman facebook kalau tak silap ingat2 lupa, im sorry ... pasal dah simpan lama dlm file ni. kebetulan ada customer buat tempahan apam polkadot bagai pucuk dicita ulam mendatang lah yer .. terus guna resipi baru ni .. actually bahan-bahan nya sama ajer seperti resipi apam polkadot biasa org guna tu, cuma ada sedikit bahan-bahan baru yg perlu di tambah semasa buat adunan ni ..

Kesihatan Aleen tak begitu baik, tiba2 boleh pula dpt migrain.. gagah juga lah buat pelan2 akhirnya siap juga .. harap customer Aleen tu berpuas hati dengan hasil air tangan Aleen ni .. jika terkurang minta dihalal kan .. jika terlebih Aleen sedekah ikhlas ..

Jom lah kita tengok resipi tu ..


By ~ Aleen Aireish
sumber ~ Zuraini Alias / zaharah abu bakar

BAHAN BAHAN -

4 biji telur [x simpan dlm peti sejuk pun]
230 gm gula castor
2 tsp ovelette
280 gm tepung gandum ~ cap sauh ~ ayak lebih baik ~ tak ayak pun jadik jugak.
1 tbsp tepung jagung
3 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla
75 ml susu cair
75 susu segar pewarne yang disukai paste yang di sukai filling yang di sukai

CARA CARA
Putar telur, gula dan ovelette hingga kembang pekat
~ bertukar menjadi putih dan di terbalikkan agak tak jatuh gitu.
~ part ni sangat penting tauu untuk menghasilkan apam yang gebu.Satukan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder ~ ayak lerr kalo rajinSetelah adunan telur menjadi putih gebu , masukkan tepung berselang seli dengan susu segar dan susu cair ~ satukan dahulu susu tersbut
Akhir sekali masukkan esen vanilla. blh mulakan dot2 apam.


NAK LIHAT TUTORIAL KLIK NI .. APAM POLKADOT STRAWBERRY






SELAMAT MENCUBA !!!


Wednesday, 20 March 2013

CHICKEN & SARDIN PIE

Hai, Aleen harap kawan kawan sihat di sampaing keluarga tersayang .. begitu juga Aleen, Aleen mengharapkan panas terik hingga ke petang rupa nya hujan di tengah hari .. Keluarga Aleen baru aje kehilangan insan yg tersayang, adik bongsu tersayang yg bakal melanngsungkan hari pertunangan tak lama lagi .. tapi Allah lebih sayang kan adik maka adik pergi jumpa pencipta abadi buat selama-lama nya ..

Pie ni adalah sempena hari kenduri adik Aleen. Aleen buat utk tetamu yang datang ke rumah .. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar dan dipermudahkan .. Jangan sedih yer kawan2 Janji, Pertemuan, Ajal dan Maut sememang nya sudah ditentukan oleh NYA ..

Jom kita tengok resipi pie yang tak seberapa Aleen buat ni ..


♥ PIE AYAM
♥ PIE SARDIN

by ~ ALeen Aireish
sumber ~ Mak Long Aishah
bhn2 tuk doh.
150 gm butter.
280 gm tpg gandum.
1 biji kuning telur -di pukul sedikit.
1 sudu teh gula kaster.
sedikit garam.
sedikit air - dari peti sejuk.

cara2 nye.
- gaul tpg- gula -garam - butter -ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.tuang air ais sikit2 sambil gaul hingga menjadi doh tak lekat pada tangan.
- masuk kn dlm acuan pai- bentuk kn ikut acuan pai
- cucuk2 tengah nye dengan garpu.klau nk bentuk seperti anyam- adunan di bahagi 2.
1 tuk tapak nye- 1 lg tuk tutup bagian atas pai.

[ALEEN BUAT INTI AYAM & SARDIN, SARDIN TU RESIPI SENDIRI AJER]

bhn inti nye
2 biji kentang- di potong dadu.
1 cwn daging cincang.
1 sudu besar rempah kari daging.
1 ulas bwg putih- di tumbuk.
1 biji bwg besar- di tumbuk.
sedikit halia - di tumbuk.
garam secukup rasa.

masak macam buat inti karipap.
tuang inti ke dlm acuan yg berisi doh tadi- rata kan.bakar 180c - 1 jam - hingga masak.


TUTORIAL :









SELAMAT MENCUBA !!!


CAULIFLOWER [BUNGA KUBIS] GORENG TEPUNG

Salam sayang semua .. walaupun kesihatan tidak mengizinkan sehari dua ni Aleen tetap nak sharing resipi dengan kawan2.. Walaupun simple sangat resepinya tp pada Aleen tak kisah lah hasil air tangan sendiri .. yg nak mencuba tu silakan ..


BY ~ ALEEN AIREISH

BAHAN-BAHAN :
TEPUNG GANDUM
TEPUNG BERAS
SERBUK KARI
LADA SULAH
GARAM
AIR SECUKUPNYA

CARA2 :
CAMPURKAN SEMUA BAHAN DI ATAS BANCUH SEPERTI TEPUNG PISANG GORENG. MASUKKAN CAULIFLOWER DLM ADUNAN, GORENG GARING. SIAP


**sukatan utk resipi ni agak2 sendiri aje yer .. byk mana cauliflower yg u all nak buat .. tiada sukatan tepat dari aleen.

TUTORIAL :




Tak rugi buat tau memang sedap sangat-sangat .. cubalah !!!



Friday, 15 March 2013

STEAM BUTTER CREAM

ASSALAMUALAIKUM ..
entry ke dua Aleen utk bulan March .. berkongsi tips bagaimana hasilkan steam butter cream. Aleen rasa mungkin kawan-kawan di luar sana dah pandai dan mahir dengan steam butter cream ni kan!!! Aleen baru nak berjinak-jinak .. harap dipermudahkan apa yg Aleen nak cuba buat..

Tengok macam mudah.. cantik pula tu krim nya bila disiram .. nampak rata, licin gitu ..


gambar dari mr google
 
CARA BUAT STEAM BUTTER CREAM DAN TIPS
- putar BC 5-7 minit hingga kembang & sebati

- tambahkan perwarna jika suka

- pastikan semua bucu/penjuru kek dibulatkan ini adalah utk memudahkan krim tu mengalir dgn licin

- sapukan sedikit BC ke atas kek sebagai base supaya lebihan serbuk kek tdk bercampur dgn BC semasa proses menuang steamm BC nnt.

- letakkan kek atas redai dan alaskan dasar redai supaya BC mengalir ke bawah dan terkumpul dlm loyang/talam

- letak kek betul2 di tgh redai dn letakkan betul2  berhampiran dgn dapur utk memudahkan kita tuang BC dgn kadar segera

PART MEMANASKAN BC
- masukkan 2 cwn air dlm kuali jangan banyak sekadar untuk memanaskan bekas dan mencairkan buttercream sahaja.

- Masukkan BC tadi kedalam bekas plastik yang tahan panas. Jangan guna bekas stainless steel kerana stainless steel pengalir haba yang baik dan akan mempercepatkan BC mencair.

-  Bila air sudah mendidih, kecilkan api segera. Masukkan bekas plastik tadi ke dalam kuali.

- Gunakan kitchen glove untuk memegang bekas, bagi mengelakkan kemalangan.

- Pastikan anda sentiasa mengacau BC. Gunakan spatula untuk mengacau.

-  BC akan mula mencair, angkat keluar daripada kuali dan teruskan mengacau hingga rata.

- Kemudian masukkan semula dalam kuali dan kacau lagi. Lakukan kaedah keluar masuk - keluar masuk kuali hingga adunan mencair

* api jangan tutup ye.. bukak api yg paling kecil aje..

- Bila kita angkat spatula tu.. dia mengalir laju dan tak putus. Tapi adunan masih likat, licin dan berkilat.

- Segera lapkan bawah bekas yang basah dengan kain. Ini bertujuan apabila kita tuangkan pada kek, air peluh daripada bekas tidak menitik pada kek.

-  Segera tuangkan adunan atas kek tuang rata-rata hingga menyaluti seluruh kek.

- Hentak-hentakkan loyang, agar adunan itu mengalir licin dan lebihan BC segera mengalir ke bawah.
Ini juga bagi mendapatkan permukaan kek yang licin.

- Biarkan adunan rata sendiri jangan pula di ratakan dengan spatula. Ia akan mencacatkan adunan buttercream itu nanti.

- Masukkan dalam peti ais sebentar hingga ia mengeras.
Alihkan atas lapik kek dan bolehlah di hiaskan mengikut kreativiti.

- Lebihan BC yg disiram atas kek td jgn dibuang, blh jadikan hiasan utk kek.

SUMBER GAMBAR : BAKING PROJECT. COM ~ KLIK SINI YER
SUMBER INFO : KAK AZLITA AZIZ & BAKING PROJECT. COM ~  KLIK SINI YER
----------------------------------
RESIPI BC
By : Shuhairi Shuhaini
sumber : kak azlita aziz

500 gm krimwell
250 gm shortening
50 gm butter
250 gm gula aising ~ di ayak

Semua bahan di atas di satukan dalam mangkuk mixer dan pukul hingga adunan kembang dan bergaul sebati. ~ anggaran masa memukul 5-7 minit
Boleh tambahkan pewarna jika inginkan buttecream yang berwarna.


Thursday, 14 March 2013

MENGENAL NON DAIRY WHIPPING CREAM

Assalamualaikum .. walaupun dalam mood sedih semenjak dua menjak ni.. hati teringin sangat nak berkongsi tips2 dengan kawan semua .. bukan apa, rasa simpati kpd kawan2 yg bertanya inginkan info .. tapi, kawan2 juga jgn lupa.. boleh buat pencarian sendiri tentang baking, bahan2, tools dan sebagai nya .. kena lah rajin sikit .. lg satu kena rajin membaca artikel berkaitan dengan masakan .. ini pun hasil pencarian di mr google dan dari majalah2 yang dibaca .. boleh lah kongsi sedikit sebanyak apa yg kita perlu tahu


gambar dari mr google

MENGENAL "NON DAIRY WHIPPING CREAM" INGAT YER MACAM MANA RUPA NYA .. SESUAI UNTUK TOPPING KEK.

TIPS PENTING :-

Sebelum melakukan proses memutar, pastikan semua bahan seperti mangkuk mixer dan alat pemukul dalam keadaan sejuk ( boleh simpan sekejap peralatan dalam peti ais) ini adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengembangan krim. 

- 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 300g krim dalam bentuk cecair). 

- Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu.

- Perlahan kelajuan bila krim sudah mula licin dan bertanduk. Kebiasannya masa yang diambil untuk memukul krim lebih kurang 2 minit. 

- Krim yang diputar sempurna biasanya licin dan halus tidak terlalu lembik dan tidak terlalu kaku. Untuk mendapatkan tekstur krim yang cantik putar pada satu arah sahaja.

cara untuk menyimpan lebihan krim :

- Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais. Ia boleh digunakan semula bila diperlukan. Biasanya krim ini tidak tahan lama.

- Krim ini tidak tahan panas. Untuk kek pertunangan dan perkahwinan, kek bersalut krim ini tidak sesuai diletakkan di luar. Ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dan dikeluarkan apabila hendak dihidangkan.

SUMBER : KAK AZLITA AZIZ
KLIK LINK NI UTK RUJUKAN ~ KLIK SAYA


hv fun with my cute photo