Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Friday, 25 May 2012

APAM INDON

Lepas dinner td saje gi jalan2 kat blog org..scroll punya scroll ke bwh kt blog org tu terjumpa la apam yg senang sgt bahan2 nyer ni.. tp lembut nyer...suka lah.. aleen pun terjah lah blog ryo azhar, ekceli ryo ni kira adik la.. kenal dh lama juga..join club kereta tp x sangka..muka blh la ensem nyer..tp sker ke dapur.. ekekekekkk...ooopssss... blog dia lg meriah dr blog akk nyer ni..hahahaaa klo dgr di ryo ni..adoiii mati...ngumpat dia lak.. pot pet pot pet lak..bahan2 nyer mana... biasa la pompuan mmg terkenal dgn bercakap x berenti..nk berenti pun time dh tido..tu pn klo tk ngingau..ahaks! eh dh la tu..jap gi bosan kan..! jom kita tgk bahan-bahan..


Bahan-bahan :
by~aleen aireish
sumber ~ ryo azhar/kak yati/kak ita/kak DJ

5 biji telur
1 sudu kecil ovalette [aleen guna 1 tsp]
1 sudu kecil esen vanilla
300gm tpg gandum
300gm gula halus [aleen guna gula castor 280gm saje nk less sikit gula dlm mkanan]
250ml susu segar [aleen guna susu cair, nk guna santan pn blh]
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
2 sudu besar myk masak
pewarna & taste/pes kegemaran

Cara-cara :
- Panaskan kukus, alaskan tutup dgn kain supaya air wap tk menitis nnt atas apam
- Sediakan loyang 9 inci yg dh disapu dgn sikit myk & dilapik dgn kertas baking di dlm nyer
- Ayak tepung brsama baking powder, ketepikan
- Putar telur dgn ovalette hingga kembang guna high speed
- Masukkan gula sikit2 sambil pukul smpai habis, kemudian masukkan esen vanilla
- Masa nk mix tepung gandum ni slow mixer, bubuh tpg sikit2 juga diselang seli dgn susu
- Masukkan 2 sudu besar myk gaul sebati
- Bahagikan kpd 3 bahagian & warnakan dgn warna favourite [aleen buat 5 warna]
- Masukkan adunan pertama dlm loyang kukus 10 minit atau masak hingga bahagian atas x melekat
- Ulangi kaedah yg sama utk lapisan seterusnyer
- Adunan yg terakhir kukus selama 30 minit atau sehingga apam masak. nak pastikan apam dh masak ke blm cucuk dgn lidi bersih..klo x melekat makna nyer dh masak..

** Aleen x follow step kt ats ni yg masak adunan satu warna satu warna dulu tu.. aleen letak semua kaler dlm loyang sekaligus.. mula letak merah, di tgh merah tu letak kuning..mcm tu la step warna yg lain..smpai semua warna habis.. lps tu kukus 40 minit hingga masak

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.
ALEEN UPLOAD PIC UNTUK REFER


Tepung gandum diayak bersama baking powder


Gula kastor 280gm jew


telur, ovalette dh siap pukul kembang, ringan, gula pn dh masuk & tepung pn dh bersama dgn susu cair


myk masak campur dlm adunan yg dh siap dipukul td, kaup balikkan aje utk sebati


loyang 9 inci dh stndby, dh siap sapu dgn sikit myk.. kena letak paper baking mcm ni..


warna pilihan aleen - BRIGHT RED


KUNING TELUR


PURPLE


APPLE GREEN


PINK


sebelum di touch up dgn sikit design..
Ramai yg brtanya pd aleen mcmne nk letak warna2 mcm pic atas ni.. so untuk tdk menghampakan kwn2 semua aleen sharing la sdkt pengalaman masa buat apam ni, aleen bahagikan kpd 5 bahagian, so setiap bahagian tu letaklah warna kegemaran msg2.. aleen letak merah, kuning, pepel, hijau & pink. skrg step mcmne nk letak warna dlm loyang, 1st step, letak merah, curah jew semua kaler merah dlm loyang, biarkan ia merata dlm loyang tu.. 2nd ambil pula kuning, yg ni mesti igt, cara nk letak adunan mula di tengah (centre) curah pelan2..biarkan adunan tu bergerak sendiri.. 3rd, 4th & 5th step tu..sama je..ulang step bermula di tengah2.. akan trjd lah bulatan sedemikian..


design marble tu dilorek dgn lidi atau lidi pencungkil gigi tu..tp yg bersih yer hehee
cara : tarik dr tgh bawa ke tepi..


dah siap angkat dari kukus


tak sabar nk tengok kejadian apam ni heheee..cantik tak!!!


SELAMAT MENCUBA

Thursday, 24 May 2012

GULAI MASAM NEGERI PERAK

Gulai best & sedap lagipun terlalu simple sangat penyediaanya.. hari ni buat..esok rasa nk buat lg... gulai ni mak aleen selalu buat bila kami adik beradik kumpul kt kg.. rindukan gulai ni aleen pn masak sendiri.. taste dan rupa ada gaya..mcm gulai mak buat... seronok menjadi heheheee



Bahan-bahan [tiada sukatan main agak-agak jew]
1 ekor ikan patin [nk guna ikan sembilang pun boleh]
2 btg serai
2 labu bwg besar [belah 4 shj]
daun kesum
bunga kantan
cili api
belacan
serbuk kunyit
asam keping
air paip
garam
gula
perasa [jika nak]

Cara-cara :
- tumbuk cili bersama dgn belacan
- masukkan semua bahan2 tu dlm periuk kecuali garam, gula & perasa
- masak mendidih masukkan semua taste tu
- masaklah hingga masak





Dihidang bersama dengan sambal tempoyak & ulam

SELAMAT MENCUBA!!!

Sunday, 20 May 2012

APAM AISKRIM CORNETTO

Dah beberapa hari nk cuba resepi ni asyik tak nyempat jew... ada lah nampak sorang berdua member dh try resepi ni post pic kat pesbuk.. geram jew tgk nyer..hehehe.. so semalam cuti curi-curi masa juga lah membaking.. famili kat rumah pn tak sabar nk tgk & merasa apam yg ala-ala cornetto ice-cream ni.. sebelum tgk bahan-bahan.. jom kita tgk dulu mcm mana nk buat kon ataupun kelongsong apam aiskrim ni..

STEP 1 ~
perlu ada kertas [kertas bungkus burger atau kertas bungkus nasi campur warna coklat ni..]
gam & gunting.












STEP 2 ~
 Lipat seperti di gambar ni..



Akan dapat 3 bahagian mcm ni




STEP 3 ~
Gunting bahagian atas tu..




Lps tu gunting 3 keping mcm ni..so dpt 3 keping

 

STEP 4 ~
Pastikan kedudukan kertas & jari sprt di gambar ni..





STEP 5 ~
Mula lah melipat, gulung tanpa menggerak kan ibu jari td kt bwh tu.. gulung sampai dpt bentuk kon..

Dapat lah hasil kon sprt kat gambar sebelah ni.. Jika rasa tak selesa dgn step ni, blh lah ikut step sndiri.. atau step buat kon utk kcg kuda tu hehehe.. happy buat kon ya...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

JOM TENGOK RESEPI -


by ~ kak azlita masam masam manis
resepi asal ~  mama fami

Bahan-bahan [utk adunan ni aleen dpt lbh kurang 50pcs bergantung pd saiz kon]

3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor
3/4 cawan air ice cream soda
1 sudu teh perasa rose ~ blh guna perasa yang berlainan untuk setiap warna
Pewarna ~ blh guna pewarna yang berlainan

Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

*tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut

Cara-cara :
- Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit
- Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata.
- Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
[tpg & asikrim soda ni, aleen buat cara aleen sendiri, masukkan selang seli, mula dgn tpg, akhir dgn tpg..]

- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan.
- Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati.
- Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang tau! pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas.

Untuk yang ni ambil perhatian sikit ye..
- Kukus yang kita beli biasanya ada 3 bekas dan satu tutup kan? ok! kita kena guna semuanya sekali. Bekas bawah kita letakkan air dan panaskan atas dapur. Kemudian letakkan bekas kedua dan biarkan kosong. Bekas ketiga baru kita susunkan kon dan isikan adunan dalam kon tu. Kemudian kita tutup. Jika kon terlalu tinggi potong sedikit mumcungnya supaya mudah di tutup.

- Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.Kemudian kukus lah adunan kita dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam kita masak.

- Bila apam dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan ia sejukJangan buka kon tu dahulu ye, sebab kita belum curahkan coklat di atasnya.

- Sebelum kita cairkan coklat kita panggang dahulu badam atau kacang hazel yang nak kita taburkan nanti. Sebenarnya boleh gunakan apa-apa sahaja kacang yang kita suka. Nak letak coklat rice atau coklat cip pon boleh. Nak tabur manik warna warni pun boleh. Apa-apa lah kan janji sedap dan menarik perhatian kanak-kanak amnya. Untuk memangang kacang, masukkan kacang dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit

- Cairkan coklat. Gunakan kaedah double boiler.Coklat pula tak kisah kita nak gunakan Dark coklat atau Milk coklat. Terpulang pada citarasa masing-masing.
- Bila coklat dah cair dan apam dah sejuk, kita curahkan coklat atas apam yang dalam kon tadi (sebab tu jangan buka kon dahulu sebab nanti kita nak curah coklat)Kemudian kita taburkan pula kacang yang kita dah panggang tadi. kacang tu kita tumbuk kasar dahulu. Kalau nak letak sebiji-sebiji pon ok! .Kemudian simpan sebentar dalam peti ais supaya coklat mengeras. Kejap aje tau! hingga coklat keras aje.. dah siap

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
BEBERAPA GAMBAR ALEEN UPLOAD UNTUK RUJUKAN


Telur & gula dipukul...

Dah ditambah ovallete utk melembutkan apam, pukul putih, kembang, ringan..

Tepung gandum diayak

Aiskrim Soda

Cara kon disusun dlm loyang, didirikan..

Cara ni utk memudahkan aleen, aleen masukkan dlm piping bag setiap warna tu.. lps tu baru picit dlm kon.. utk elakkan kon nampak comot juga..
yeyyy.. adunan kaler2 dh dimasukkan dlm kon


Dah masak angkat dari kukusan..


Coklat pn dah siap bubuh...deco2


Apam dh siap dikeluarkan dr kelongsong..


SELAMAT MENCUBA !!!!


Friday, 18 May 2012

TUTTY FRUITY CAKE

Cute jew nama kek ni kan... masa terpandang kek ni semalam terus rasa jatuh hati... cantik warna nya... aleen pun menerai lah malam tadi kat rumah..kebetulan pulak my hero ada jamuan HARI GURU esok nyer, mmg peluang sgt2 lah... bahan-bahan dh mmg ada... apa lg... mula membaking... masa kek ni tgh masak tak sabar rasa di hati nk tengok hasilnya...teruja sgt heheheeeee...mcm budak2 pulak.. u alls tingin nk try ke? jom tgk bahan2...




DI BAWAH NI SUKATAN YANG BANYAK..

MyKitchen's Recepi

sumber ~ kak Azlita Masam Masam Manis

TUTTY FRUITY CAKE

Bahan 1
600 ml putih telur
275 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
14 gm ovalet

Bahan 2
Campur dan Ayak
300 gm tepung gandum
1 sdt baking powder

Bahan 3
75 gm magerin cairkan

Bahan 4
Pewarna kuning dan paste oren
Pewarna merah dan paste strawberry
Pewarna hijau dan paste lemon
Pewarna coklat dan coklat emulco

Bahan 1
- pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula pasir sedikit demi sedikitsambil terus memukul. Tambahkan ovalet dan garam dan pukul lagi hingga kembang dan kental.

Masukkan bahan 2 yg telah diayak sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata.

Tuangkan bahan 3 dan kacau perlahan2 dgn spatula hingga sebati.

Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan setiap bahagian diletakkan paste dan pewarna ikut kegemaran.

Sediakan loyang berukuran 30 x 10 x T4cm yg telah disapu dgn sedikit butter dan dialas dasar loyang dgn kertas minyak.

Tuangkan 1 bahagian adunan bewarna ke dalam loyang, ratakan dan kukus ke dalam bekas pengukus yg telah dipanaskan terlebih dahulu dan kukus kek selama 15 minit (untuk 1/2 adunan yg ita buat ita tuangkan setiap lapisan sebanyak 150 gm)

Setelah masak satu lapisan, tuangkan lagi adunan yg kedua dan ulangi langkah yg sama untuk setiap adunan sehingga habis dan masak sepenuhnya.
Angkat dan sejukkan sepenuhnya barulah dipotong.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~


YANG NI SUKATAN ALEEN DAH BAHAGIKAN DUA DARI RESEPI YANG ASAL :-


BAHAN 1
300 ml putih telur
138 gm gula pasir [aleen guna gula castor] jika rasa x manis blh add sugar
garam [hujung sudu shj]
7 gm ovalette


BAHAN 2
Campur dan Ayak
150 gm tepung gandum
1/2 sudu baking powder


BAHAN 3
38 gm margerine dicairkan [aleen guna buttercup]


BAHAN 4 
Pewarna kuning ~ fresh lemon juice
Pewarna coklat ~ coppucino
Pewarna pink ~ strawberry paste
Pewarna Hijau ~ apple / vanilla


CARA-CARA : Sama seperti yg asal tu.. cuma nya loyang guna yg kecil sikit..lg bagus klo guna loyang 6 inci.




Bahan-bahan 1


Putih telur sahaja


Mixer putih telur dan masukkan gula sikit demi sikit.. tambahkan ovalette & garam juga..pukul hingga kental


Masukkan tepung yg diayak sikit demi sikit juga...


Masukkan margerine/butter yg dh dicairkan.. jgn guna mixer, guna sendk kayu atau spatula utk sebatikan..


Warna Kuning yg dah siap bubuh fresh lemon juice, dgn sukatan 150gm setiap warna


Dasar loyang alaskan dgn kerts minyak dulu..lps tu tuangkan adunan warna kuning..
kukus 15 minit, lps tu angkat...


Sediakan adunan warna coklat yg dh dicampur dgn paste coppuchino 150gm juga..


Tuangkan atas warna yg dh siap dikukus 15 minit td... masuk semula dlm kukus, biar 15 minit lg..lps tu angkat..


Sediakan adunan warna pink pula yg dah siap dicampur dgn paste strawberry, 150 gm juga..


Tuangkan atas adunan warna coklat yg dh masak td..kukus lg 15 minit...


Last sekali warna hijau.. dah siap dicampurkan dgn paste juga..tuang atas lapisan warna pink td..lps tu kukuskan hingga masak, lbh kurang dlm 20 minit mcm tu.. 


Tutty Fruity Cake yg dah siap masak dan dah dikeluarkan dari loyang..


Dah sejuk, aleen potong2 kecil..testing..testing...


ermmmm..siap hidangkan..nmpak menarik warna nya...[puji utk diri sendiri heheeee]


yg ni dah siap masuk bekas, hero nk bawa gi majlis HARI GURU kt sekolah nya..





DAH SIAP..BOLEH LAH MAKAN... SELAMAT MENCUBA...



Friday, 11 May 2012

MY LUVELY POP CORN


hai all's..sihat??? lama rest..ari ni nk update blog tersayang nie...blog terkiut seantero nyer...heheee..aleen nak sharing resepi baik punyerrrrrrrrrr... mesti kawan2 suka...hanya kat umah jew kita dh boleh buat.. sape yg ada astro kt umah tu...blh la g kat astro first...semua citer kat wayang blh beli..tak yah g TGV..duit pun save sikit..byr bill jew nnt..cuma beza nyer kat umah televisyen nyer x ler sebesar TGV tu...so bila ada TGV ada lah POP CORN nyer...ye idak! ni klo tgk astro first blh la buat pop corn sendiri.. blh la sambil baring2 mkn pop corn... tp kan nk citer la sikit...pengalaman malam tadi masak pop corn ni..dgn penuh kusyuk & tawaduknyer..aleen menuggu dpn piuk nk tgk pop corn ni lompat2..bunyi pop..pop..pop...x sedar tepuk tgn sirik..hahahaa..pasal syok sgt menjadi..[terlebey suda..heheheeee] lets us going to see the recipe...

sumber 1 ~ izzah
sumber 2 ~ sally rashid
resepi asal ~ aludra MyRsumber : ika kurniaan mu

Bahan-bahan :
1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
jagung kering secukupnya
garam secukup rasa

Cara-cara :
- Panaskan mentega dan minyak dlm periuk, panaskan butter dn miyak dlm masa 2 minit guna api sedang2 je..lps tu turunkan api kecil sikit
- Masukkan jagung menutupi dasar periuk pastikan jagung sama rata & sama paras dgn myk & butter cair td.
- Tunggu bbrapa minit dgn penuh kesabaran..anda akan dgr bunyi pop pop pop dgn rancak nyer..bila bunyi dh stop cpt2 angkat..keluarkan pop corn..kemudian tabur garam..klo nk manis x payah tabur garam..

untuk Pop Corn Manis [karamel]
1 sudu besar mentega
2 sudu besar myk masak
3-5 sudu besar gula

Cara-cara :
cairkan bahan2 di atas hingga jd perang. cepat2 matikan api masukkan pop corn dan gaul rata hati2..tp nk cpt sikit gaulnyer..awas..blh melecur tgn jika terkena karamel panas tu...
boleh juga guna warna kesukaan..hijau..merah..kuning..

Optional : Pop Corn Coklat 
60-80 gram coklat masakan atau agak2 byk mana nk guna bergantung pd pop corn
butter cup [aleen tambah sendiri]

Cara-cara :
- cairkan coklat teknik double boiler..tutup api masukkan butter cup gaul hingga sebati..butter cup cair
- Gaulkan dgn pop corn hingga sekata..

POP CORN CHOCOLATE..nyummyyy

hv fun with my cute photo