Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday, 8 December 2011

KEK CAWAN WALNUT

CUPCAKES WALNUT
bahan-bahan
250gm tepung berserbuk penaik
250gm mentega [aleen guna buttercup]
200gm gula kastor
80gm walnut kisar
50ml susu segar [aleen guna susu cair pasal dh malas nk g kedai, tp klo blh gunalah susu segar yer..dpt kek yg lg best]
5 bj telur
1 sudu esen vanila

cara-cara :
-pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu
-masukkan telur satu per satu
-masukkan tepung dan kacau rata
-tuang susu dan esen vanila
-masukkan walnut kisar kacau rata
-dah rata, tuangkan ke dlm cupcakes dan bakar suhu 180 selama 15-20 minit bergantung pd oven masing2.

selamat mencuba..
by aleen




ENJOY VISIT MY BLOG

KEK COKLAT KARAMEL KUKUS

BAHAN-BAHAN A:
1 cawan serbuk kok
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula [aleen guna 1/2 cup jew..]
1 cawan myk masak
**SEMUA BAHAN DI ATAS NI GAUL SEBATI DAN MASAK ATAS API PERLAHAN..TUTUP API BILA BAHAN2 TU DH NAMPAK MCM LIKAT SEBATI GITU..KETEPIKAN LPS TU REHATKAN SEKEJAP..

BAHAN-BAHAN B :
3/4 cawan tepung gandum [klo guna penimbang lbh kurang 120-130 gram]
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
**SEMUA BAHAN B NI DIAYAK OK.

BAHAN-BAHAN C:
4 biji telur [blender pn boleh..pukul guna tgn pn blh sampai nampak berbuih..kembang]

CARA-CARA 1:
satukan bahan B dan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk jer
dah sebati, ketepikan dulu..

UNTUK GULA HANGUS :
BAHAN-BAHAN :
2 sudu besar gula
[ni sukatan gula utk loyang saiz 8", kalau guna loyang kecil gula less sikit, kalau guna loyang besar gula kena tambah ok.]
**JADIKANLAH GULA HANGUS SUPAYA KEK TAK MELEKAT PADA LOYANG

UNTUK KARAMEL (bahagian atas) :
1/2 tin susu cair [lbh kurang 250ml]
50g gula kastor atau gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji telur
**KACAU SEBATI LEMBUT MAKE SURE JANGAN SAMPAI BERBUIH

CARA MASAK :
-tuang bahan karamel dlm loyang gula hangus td, kukus sekejap dlm 15 minit, utk pekatkan sikit karamel
-lps tu keluarkan dr kukus tuangkan adunan cake coklat td atas karamel
-kukus lbh kurang 45 minit hingga 1 jam atau hingga masak.
-dh masak keluarkan dr kukusan,rehatkan sekejap dlm 20 minit
-lps tu masukkan dlm fridge, agak dh sejuk blh la hidangkan & makan.

**JIKA NAK BUAT DECORATION PD CAKE TU..SEBELUM MAKAN BOLEH LAH HIASKAN DGN BUTTER CREAM MACAM CAKE BIRTHDAY TU..

SELAMAT MENCUBA RESEPI DR ALEEN.




ENJOY VISIT MY BLOG

DECO-DECO COMEL APAM POLKADOT ALEEN

Best bila buat deco-deco apam nih...aleen mmg minat sgt klo buat kuih yg guna piping.. antara design yg aleen teruja sgt nk buat ari tu..ni la hasilnya....u all pun boleh try jugak...syok nyerrrrrrrrr

 STRAWBERRY

 LADY BUGS

 BEE

 ANGRY BIRD

 LADY BIRD

 BUTTERFLY

 READY NAK KUKUS

 APAM DAH MASAK

 MACAM-MACAM ADA





FOLLOW TIPS NI..1. Ayak Tepung Gandum dan baking powder dua kali, ini bagi memerangkap udara serta meratakan baking powder di dalam tepung gandum, hasilnya adunan akan mudah sebati dan apam menjadi gebu.

2. Pastikan memukul telur dahulu hingga berbuih, lebih kurang seminit, baru masukkan gula, ( kalau guna gula pasir, pastikan blender halus dahulu).

3. Setelah masukkan gula di dalam telur, pukul sehingga betul-betul putih dan kembang, masa lebih kurang 10 minit ke 15 minit.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang seli dengan susu segar, dan sebatikan menggunakan spatula atau senduk kayu.

5. Biarkan adunan ( perap adunan) lebih kurang 30 minit baru diwarnakan. SO MCM TU LAH..


SELAMAT MENCUBA!!!

APAM POLKADOT PART 2

bahan-bahan:
3 biji telur(dari peti sejuk gred A)
2 3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus 
1 1/2 cawan susu segar /150ml-sha lebihkan sikit dalam 200ml...tuk lembutkan apam bila sejuk...
3 sudu teh baking powder
1 sudud teh ovallate
1 sudu teh esen vanilla
filling
pewarna

cara-cara:
1)masukkan telur,gula,ovallate..pukul pada kelajuan maxima hingga kembang dan putih
2)masukkan susu dan tepung berselang seli.pukul pada kelajuan minima(slow) hingga sebati
3)bahagikan adunan beberapa bahagian dan titiskan pewarna
4)masukkan adunan kedalam plastik/piping bag dan gunting bucunyer
5)paipkan adunan 3/4 penuh kedalam paper cup dan letakkan filling dan picit lagi hingga penuh
6)kemudian dot2kan dengan warna pilihan
7) kukuskan lebih kurang 10-15 minit atau hingga masak.








HARAP U ALL ENJOY....

CLASS BAKING ~ RESEPI 10 ~ Kuih Talam Keladi

ASSALAMUALAIKUM..
jumpa kembali..lama sgt aleen x update blog dgn event2 baru dr aleen.. so aleen nk sharing class baking yg aleen joined ari tu..

 KELADI YG DIPOTONG KIUB KECIL DICAMPUR & DIMASAK DENGAN TEPUNG


 BASE BAWAH DH SIAP, NOW BASE ATAS PULA. MENGGUNAKAN COLOURING



DAH SIAP MASAK

Thursday, 24 November 2011

KUIH LAPIS COMEL


KUIH LAPIS COMEL
Bahan2:-
1) 2 cwn tepung beras.
2) 1/2 cwn tepung gandum.
3) 2 sudu besar tepung ubi @ tepung sagu.
4) 1/2 cwn gula ~ lebihkan jika nk manis.
5) secubit dua garam.
6) 2 1/2 cwn santan ~ bole lebihkan sedikit....

Cara:-
1) Semua bahan2 di adun sehingga mesra ~  mixer sekaligus n tapiskn pn boleh
2) Bahagikan beberapa colour.
3) Panaskan kukusan n sapukan acuan dgn sdikit minyak masak.
4) Sudukan lapisan pertama n kukus selama 5 minit. Sudukan lgi n kukus lagi selapis demi lapisan. Lapisan terakhir kukus selama 10 minit. siap.
 ** boleh add perasa..aleen letak ijau taste pandan, merah taste rose, putih taste normal dan etc ikut citarasa sendiri pn ok.







SELAMAT MENCUBA RESEPI DARI DALEEN ..^_^..

Monday, 14 November 2011

CLASS BAKING ~ RESEPI 9 ~ Kuih Talam Suji

Pertama kali aleen dengar kuih talam ni masa join class..B4 aleen x pernh tau..boleh tahan gak step utk buat kuih talam ni bg nk hasilkan kuih talam smooth,sedap & cantik..rasa mmg terbaek..sedap!!!




puas ati buat sendiri dpt mkn banyak.. he he hee

hv fun with my cute photo